Jom Follow

Khamis, 29 April 2010

network kukuh

Dok kat Airport Labuan, tunggu nak berlepas ke Kota Kinabalu. flight jam 1.50. naik maswing. Sebelum datang sini sempat makan dulu kat restoran port view. depan alliance bank, dulu restoran cina. dak bertukar kepada restoran melayu. din nama tuannya. sempat sembang dengannya. dah 24 tahun dok kat labuan. pencen tentera. asal dia bukit mertajam dan isterinya asal batu gajah perak. anak 4 orang semuanya lelaki. 2 sebagai tukang masak kat kedainya. 2 lagi kerja kat semenanjung.
sudah 24 tahun menetap kat labuan. setelah bersara dari perkhidmatan tentara, menetap kat sini. Berniaga kedai makan. selain tu aku rasa macam-macam dia buat. dah stabil dan kukuh ekonominya. Dah bersedia untuk balik ke Perak. Apa yang nak catatkan disini ialah perlukan masa yang lama dan kerja berterusan kalau mahu mantap dan kukuh keewangan kita. Berjayalah katakan. Itu kerja atau meniaga konvesional. Aku pun pikir-pikir, nak kaya dan senang perlukan masa, tak boleh dalam masa singkat.

Cuba kita kaitkan dengan MLM, pastilah perlukan masa juga. Benih yang disemai, perlukan masa untuk tumbuh dan mengeluarkan hasil. Kena siram, baja dan racun. bukan main tanam je tanpa kisahkannya. MLM bukan skim cepat kaya. MLM bukan boleh kaya semalaman. MLM bukan dok saja boleh kaya. MLM bukan masuk dan tunggu jadi. MLM kena buat baru jadi. MLM kena usaha berterusan baru berhasil. MLM perlukan masa untuk stabil dan kukuh. Bukan 1,2 tahun, malah perlukan lebih dari itu lagi. bergantung kepada usaha seseorang.

Network kukuh tu macamana? Ikut MP hai-o. kalau lain syarikat lain pulak MP. Hai-o perlukan 6 kaki, kalau nak dapatkan semua bonus yang ditawarkan oleh syarikat. setiap kaki mesti ada cdm/ leader yang lepas car fund setiap bulan. Ini baru kukuh. Kalau nak kukuh lagi setiap kaki tu lepas wawasan. lagi kukuhla kita punya network. saya tau susah nak capai. ada yang dah buat 4,5 tahun pun masih belum jadi. kalau ada pun tak konsisten. apatah lagi yang baru jadi cdm 1,2 tahun. ada cdm yang tak boleh lahirkan cdm pun walaupun dah jadi cdm 2 tahun. lagi lambat nak network nak kukuh.

jangan kecewa kalau meniaga sekejap naik, sekejap turun. orang baru masuk, orang lama pergi. ramai yang alami semua ini. perlu belajar je dari yang lama. tapi ramai yang malu nak belajar. saya tahu ramai yang pening dok pikir bagaimana nak buat nak bagi jadi, seperti yang dok jadi-jadi. bertanyalah. bergurulah. masalah yang dialami, penyelesaian pada cdm otai. tak payah dok cuba, jaya. buang masa je. ada yang dok cari orang baru je kejonya. bila nak jayakan orang lama. attitud anda kena berubah. mungkin cite MP anda ada benda tersembunyi, lepas masuk baru mereka tau. frust mereka. mereka pun tak datang meeting, tak tunjuk orang, tak berniaga pun. nada pun lepas tangan. salahkan rakan kongsi baru padahal MP anda ada sesuatu tersembunyi.

nak kukuh network dengan strategi baru ni amat mudah. buat wawasan terus. bonus lagi besar dan kena bersedia buat kerja ganti. ganti apa? ganti yang matilah. ini kerja berterusan yang kita kena buat. selain buka kaki baru. nak dapat wawasan bukan kena sponsor 6 kaki tapi lebih. tak semua kaki tu boleh hidup dengan mudah. bina,bimbing dan ajar baru boleh hidup. kita kena turun sehingga 7 generasi dalam ikhtiar mencari/mengasah leader. penat? jangan pikir penat. pikir kalau mereka dah boleh buat sendiri, betapa senangnya kita selepas itu.

bertemu anda dipuncak kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger