Jom Follow

Khamis, 15 April 2010

sekarang ni kat Kelantan. lepas meeting malam selasa terus balik, lepas minum-minum dengan leader-leader Taipan kat Sungai Besi. balik ziarah jumpa orang tua. dah sebulan lebih tak balik. sibuk dengan aktiviti meniaga dan buat strategi. kat sini pun buat kelas jugak kat KB malam ini. kat sini nak kongsi sikit je, setiap kali balik, kat mana aku mesti cari makan.
1- mee kuah kat pasar Tanah Merah
2- makan kat selera tepi sungai- macam-macam makanan ada, bubur, pengat dan banyak lagi. Sebut je apa yang mahu. kebanyakan terjual kat sini.
3- murtabak kat depan pasar raya azizah
4- nasi lauk ayam kampung dan serati kat sungai bayu- tepi lebuhraya gua musang -kuala kerai.
5- nasi berlauk kedai saro.
6- nasi kerabu - kg belimbing
Kalau nak rasa cubalah. tak menyesal. Ini kat Tanah Merah, belum lagi kat Pasir Putih. sup belut, maggie ketam, pulut ikan kering- sedapppp...tempat-tempatnya akan diberitahu kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger