Jom Follow

Khamis, 8 April 2010

Ipoh

salam. Selamat pagi.
Baru sampai dari Medan Gopeng. Jumpa rakan kongsi JKR Kinta,(Kharis) Ipoh. Alang-alang dah sampai sana, buat majlis ilmu di Azma Katering sekali. Sambutan amat menggalakkan. Ipoh akan ditawan oleh Taipan 181. Motto Taipan 181 " pastikan setiap jengkal tanah ada Taipan 181" akan menjadi kenyataan. Penuh dengan pejuang dan mereka bersemangat untuk bersama-sama rakan Taipan yang lain untuk mengubah kehidupan mereka, dari keadaan baik kepada keadaan yang lebih baik lagi. Tak ada yang mustahil dalam kehidupan, selagi kita berusaha, bertawakal dan doa. Niat mereka baik iaitu untuk kehidupan yang lebih selesa dari sekarang. Ingin beri pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka. Dari air muka mereka menggambarkan semangat dalam dada mereka. Kami pun percaya mereka boleh berjaya dan nekad untuk membantu mereka selagi terdaya dengan bantuan cdm-cdm yang lain. Upline mereka terdiri Cdm Rohayah, Cdm Kak Ina, Cdm Norhimah, Cdm Indawati, Cdm Rohani. Pemimpin di sana Ddm Aziz dan isteri, Dsm Bob.
Perjalanan mencipta kejayaan bermula dengan keinginan berkobar-kobar dan impian besar. Bukan keinginan main-main. Nak berjaya mesti sanggup mengharungi cabaran, rintangan dan banyak lagi mehnahnya. Mesti sanggup berkorban masa dan wang ringgit kalau mahu berjaya. Mereka sanggup turun KL untuk menimba ilmu. Kesungguhan dah ada dan tunggu masa jadi je sekarang. Siap dengan makan sekali. Hebat, hebat, hebat.
Kami akan kesana lagi jika ada kesempatan. Jumpa mereka rasa lagi bersemangat nak buat lagi hebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger