Jom Follow

Khamis, 8 April 2010

Jangan Mengalah Dengan Orang Kata

pejuang sekalian. kita mesti tunjukan pada semua orang di luar sana. Kita sedang bekerja, belum penat lagi dan mungkin kita akan terus bekerja tanpa alami penat sehingga capai apa yang kita impikan. Kita lakukan sesuatu penuh minat, kita tak akan penat, kecewa, apa yang ada adalah keseronokan bekerja. Kadang-kadang orang pun hairan kita bekerja tak penat-penat. Ke sana ke mari bertemu dengan prospek dan rakan kongsi. Apa nak penat, buat apa yang kita suka. Buktikan kita masih berupaya bawa orang baru datang meeting. Biar gempak sikit rakan kongsi. Mereka dah ada tanda-tanda dah selesa dengan apa yang mereka dapat. Kita masih melebar dan mendalam lagi.Boleh tambah kaki baru. Income lagi besar.
Sampai bila nak bekerja?
Sampai bila-bila, masih ada peluang dan masa kita buat je. Jangan kisah dengan orang kata pada kita. Berjaya atau gagalnya kita semua orang kata. Tak boleh dan tak ada kuasa nak hentikan orang menyata pada kita. Sindiran, keji, pandangan sinis dan sebagainya adalah asam garam dalam mengejar impian. Jangan buat apa-apa usaha, baru orang tak kata pada kita. Selagi kita buat sesuatu usaha untuk berubah, selagi itulah akan ada mulut-mulut yang tak ada insurans. Orang kata pada kita, tak sakit pun. Kenapa nak mengalah dengan orang kata. Kita buat, kita dapat, kita senang, kita gembira. Kebanyakan orang menanti-nanti nak lihat kita ambil keputusan undur diri. Ambil keputusan mengalah sekerat jalan. Nak lihat kita gagal. Nak lihat kita give up. Nak lihat kita jemu.
Ayuh semua, kita ambil keputusan bersama " kita tak akan mengalah dengan orang kata, terus buat, buat sehingga jadi". Kita bawa kesenangan ke dalam rumah dan keluarga kita. Kita bawa pulang kegembiraan bersama keluarga kita. Kita bawa kekayaan untuk anak dn isteri. Ingat kita tak nak wariskan kemiskinan tapi kita nak wariskan kesenangan untuk keluarga kita. Kalau boleh biarlah kita generasi terakhir yang hidup gukup dengan apa yang ada. Kita buat meniaga ini nak dapatkan kekayaan, kalau tak jadi kaya, kita tak akan buat.Ingat Orang hanya boleh beri pendapat tapi tak boleh beri pendapatan. Pendapatan kita yang cari dan bawa pulang. Rezeki Allah yang beri dan tak ada siapa tahu berapa rezeki mereka yang sebenarnya.
" bukan rezeki aku"
" rezeki aku dah takat ini, dah tak boleh lebih lagi".
Kita jumpa ramai sebegini. Allah suruh kita berusaha, ikhtiar tetapi jangan lupa pada Dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger