Jom Follow

Ahad, 18 April 2010

salam.
hebat dan penuh bersemangat. pagi ahad pagi penuh keceriaa. semua orang menanti-nanti hari ahad. ada masa berehat-rehat bersama keluarga. jalan-jalan, santai-santai. tapi ramai juga melihat hari ahad, hari mencari peluang membina rangkaian. hari paling sibuk berjumpa dengan prospek. boleh jumpa dengan lebih ramai lagi prospek. jangan pulak kita pun nak tidur lebih lama lagi. walaupun kita balik lewat semalam, tapi bangun tetap awal. berdoa dan bekerja.
lepas solat subuh tadi sempat baca al-quran dan belek-belek buku sekejap. bagaimana untuk terus berkembang rangkaian kita? jangan berhenti menaja malah jangan ada niat sekali pun nak berhenti menaja. orang baru adalah nyawa dalam meniaga ini. walaupun kita hanya perlukan 6 kaki tapi tak salah kalau lebih. lebih lebar, lebih pulak masyuk!. nak dapat yang hidup 6 kaki tu pun bukan kerja mudah. ada yang 4,5 tahun pun masih belum penuh lagi. tak apa, kita tak akan putus asa. nak 6 kaki mungkin perlu menaja lebih dari 50 orang direct line. pada awal mungkin kita menaja orang disekeliling kita, tak payah pi jauh-jauh lagi. bila dah konfiden dan dah boleh buat sendiri, terpulang pada diri sendiri. meniaga ini tak ada sempadan geografi yang ada sempadan impian. oleh itu jangan had kita punya impian. baru kita bekerja penuh semangat setiap hari.
jangan tunggu dline nak aktif baru kita nak aktif. ini penyakit dalam MLM. kena ada sikap, dline tak aktif aku mesti aktif. dline datang meeting, kita baru nak datang meeting. kita datang meeting, wpun tak seorang dline kita datang. ambil tindakan, buat tindakan adalah kunci kejayaan.
kita perlu turun ke level bawah. baru leader boleh lahir. jarang kita jumpa direct line aktif sebaliknya ramai leader lahir dari level bawah. jangan kisah berapa level kita perlu turun. kalau leader bersinar kita amat beruntung.
jangan bertindak sebagai bos tapi bertindak sebagai coach. jangan bagi arahan. apa yang perlu kita lakukan ialah bangkit semangat rakan kongsi.impian mereka dah terlalu dekat. terus buat, buat mereka pasti berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable