Jom Follow

Khamis, 15 April 2010

panas!panas!panas!!!!!!!

suasana sedang hangat dan panas. ada dah demam tak kebah. ramai tercari penawar demam. ramai tercari-cari strategi mantap untuk meniaga lebih besar dan kembangnya tak kucup-kucup. semua mesti bersedia untuk berubah. kalau tak berubah akan jumud, koma dan akhirnya mati. semua orang sedang bincang apa patut dibuat dalam suasana begini. apa cakap yang kena ucap. apa tindakan tercantik untuk tangani suasana hebat ini. malam ini akan dirungkaikan di KB. Taipan telah sediakan apa yang perlu untuk anda berjaya. strategi dan tindakkan yang perlu dibuat. apa yang kita buat sekarang ini adalah tindakan tercantik setakat hari ini. ikut saja apa yang disarankan, anda akan berjaya. kerja mesti lebih rajin, jumpa lebih ramai prospek dan closing lebih singkat lagi. prospek lebih ramai lagi yang layak. jumpa semula dengan rakan kongsi yang koma, beri oksigen semula. cari borang ahli lama-lama. buat tindakan susulan segera. jangan lama-lama nanti dia diambil orang. jangan bertangguh lagi, kelak akan menyesal. siapa lambat pasti akan ketinggalan. tangguh pun kita kena buat juga. lebih baik buat segera. call semula prospek yang tak jadi dulu, call semula prospek yang nak pikir dulu. sebarkan peluang terkini. saya pasti resultnya mengembirakan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger