Jom Follow

Rabu, 21 April 2010

kaya

dahulu kala di negara cina. di suatu kampung ada seorang pemuda yang rajin, setiap hari pergi kerja dengan penuh semangat. pergi awal pagi dan akan balik agak lewat. perjalanan pergi dan balik dia mesti melintasi pondok yang dihuni oleh ahli filsouf. dia selalu perhatikan pemuda tersebut dan dia amat yakin, pada suatu hari nanti dia akan jadi orang kaya. dia sentiasa menanti-nanti saat yang sesuai untuk berbicara dengan pemuda tersebut.
pada suatu hari bila nampak pemuda tersebut. dia panggil;
'aku yakin kamu akan jadi jutawan'. kata ahli filsouf.
pemuda balik rumah dengan hati penuh bangga. dia pun duduk kat rumah je. dah tak keluar kerja lagi dok tunggu jadi kaya. sehinggalah dia mati dalam keadaan miskin, hina lagi.
selepas mati, dia jumpa dengan Tuhan, dia komplen pada Tuhan pasal ahli filsuf yang dikatakan menipu dirinya. kata dia akan jadi kaya tapi apa yang terjadi sebaliknya malah dihina lagi.
tuhan pun panggil ahli filsouf. kenapa kamu menipu pemuda ini, kamu kata dia jadi kaya?
'memang betul dia jadi kaya kalau dia bekerja, saya nampak dia rajin bekerja, jadi aku kata dia akan jadi kaya kalau dia berterusan bekerja, lepas tu dia tak buat kerja, itu salah dia sendiri'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger