Jom Follow

Selasa, 20 April 2010

law of attraction

salam. semoga kita semua ceria dipermulaan hari. mesti ceria dan happy. bila ceria itu tandanya kita dalam keadaan positif. kita akan menarik tenaga yang positif ke dalam kehidupan. hal-hal positif juga akan terjadi pada diri kita. bayanglah yang indah-indah akan terjadi dalam kehidupan kita. bayanglah apa yang kita nak jadi. bayanglah apa yang kita nak milikinya. seolah-olah kita telah mencapainya. bayangkan prospek sedang menanti-nanti kita. bayangkan prospek tu bukan seorang, malah 6 orang. bayangkan semuanya orang dah setuju nak bergabung dengan kita. semua dah bawa duit cash. inilah yang mesti kita lakukan setiap hari. bila positif, hal-hal positif juga akan terjadi pada kita.
cuba ingat-ingat semula. pernahkah terjadi seperti ini pada anda. terlewat bangun pagi nak gi kerja. terbayang kita akan terlewat sampai ke tempat kerja, punch card merah, bos tunggu depan pintu. semua ini pikiran negatif. apa yang terjadi selepas itu akan menyokong apa yang anda pikirkan. nak kebilik air, tersepak pintu, tali pinggang tak jumpa, stokin lambat jumpa, kasut kotor, jalan jam, lampu isyarat semua merah, lif penuh, parkir penuh. nak lebih paham lagi baca buku pasal law of attraction.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger