Jom Follow

Sabtu, 22 Oktober 2011

Wanita Tipu 8 Tentera

Babitkan RM100,000 pelaburan melalui skim berasaskan katering.

KUALA LUMPUR; Hanya menggunakan abangnya sebagai orang tengah, seorang wanita berjaya memperalat sekumpulan anggota tentera dengan menawarkan satu skim pelaburan berasaskan katering dan mengaut keuntungan 'atas angin' berjumlah RM100,000.

Bermula sebagai pemilik lesen pengendali makanan, wanita licik itu kemudian mendapatkan khidmat abangnya yang juga seorang anggota tentera di ibu negara untuk 'memancing' rakan-rakan lain menyertai skim berkenaan dengan nilai pulangan berlipat kali ganda.

Sebaik menerima wang deposit, wanita terbabit mula bersikap liar dan sering menggelak apabila diajukan soalan mengenai pembayaran bulanan seperti dijanjikan.

Seorang mangsa, Farizal Othman,43 berkata, pada mulanya dia didatangi abang suspek yang juga rakan setugasnya memperkenalkan skim berkenaan kepada beberapa anggota tentera.

Katanya, sebaik dimaklumkan mengenai beberapa rakan lain yang sudah memperolehi pendapatan lumayan, dia tidak teragak-agak untuk menyertai skim itu dengan harapan ia mampu menambah pendapatan dan mengubah kehidupannya sekeluarga.

"Saya bertambah yakin keputusan yang dibuat selepas ada seorang rakan mendakwa sudah melawat restoran milik wanita itu di sebuah daerah di Johor.

"Tanpa berfikir panjang, saya memasukkan RM10,000 dan dijanjikan akan menerima RM1,267 sebulan selama 2 tahun dengan jumlah keseluruhannya lebih RM30,000," katanya semalam.

Tindakan itu turut disertai tujuh lagi rakannya yang teruja untuk mendapat keuntungan mudah menerusi skim berkenaan dengan mendepositkan wang berjumlah RM2,500 hingga RM15,000 ke dalam akaun suspek.

Katanya, kegembiraannya untuk menanti saat duit itu diperolehi menjadi igauan apabila tiada sesen pun dimasukkan ke dalam akaunnya seperti dijanjikan......

Aku-masih ada lagi yang percaya dgn skim begini. masuk dan tunggu bulan2 masuk duit. pelaburan begini tipu je. Kalau nak melabur, gi ke bursa malaysia. ASB, ASN, Saham Amanah. Keuntungan setahun sekali...kalau tiap bulan dapat sah tipu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger