Jom Follow

Khamis, 13 Oktober 2011

Halfest 2011


Usahawan farmaseutikal, kosmetik dicabar.

KUALA LUMPUR- Golongan usahawan tempatan, khususnya yang terlibat dalam bidang farmaseutikal dan kosmetik, dicabar untuk mengeluarkan produk-produk halal berunsurkan herba yang dijangka mampu menembusi pasaran luar.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, cabaran itu penting untuk membolehkan mereka terlibat dalam bidang berkenaan meletakkan Malaysia sebagai hab halal di rantau ini.

Menurut beliau, penglibatan usahawan dalam membangunkan produk-produk halal itu perlu ekoran bahan mentah yang diperolehi di negara ini.
"Sudah tiba masanya Malaysia menjadi sebuah negara yang mengeluarkan produk-produk halal yang boleh diiktiraf di peringkat antarabangsa selain daripada makanan.
"Kita perlu dijulang sebagai sebuah negara yang tersohor apabila mengamalkan sistem perbankan Islam dan jika kita turut terlibat dalam farmeseutikal dan kosmetik yang menggunakan bahan-bahan halal sudah pasti dunia turut akan mengiktirafkan kita," katanya pada perasmian ekspo Feista Halal Malaysia(Halfest) 2011 di sini semalam.

Halfest 2011 yang berlangsung selama 5 hari bermula semalam dijangka menarik kunjungan 60,000 orang dan menyediakan kira-kira 650 buah gerai yang menampilkan produk-produk dan perkhidmatan halal yang disediakan oleh usahawan kecil dan sederhana tempatan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger