Jom Follow

Khamis, 13 Oktober 2011

Jom Relax; Kedai Melayu


jam 9 malam, aku, isteri, aiman dan baby. singgah nak dinner. Jom Relax, nama diberi. baru beroperasi. ganti selera kampung. kami order sup ekor, telur dada, kailan ikan masin, maggi goreng. minum pulak kami oder air suam fresh oren.

Jom Relax. dok kat taman puncak kinrara. sebelah simpang 4. lot kedai belah atas bukit. hujung sebelah simpang 4. kedai makan kat situ dah lama tutup. Jom Relax ni pengurusan baru. beli ke sewa aku tak siasat. tempatnya strategik. bisa kembung sales. pandai jaga customer.

lama sangat. kami hanya sempat minum sahaja. makan, terlalu lama. Al maklumlah kedai melayu. nak berniaga, tapi nak cut kos. tukang masak hanya sebatang kara. lambat!lambat!lambat! x bersedia nak terima ramai customer. tapi meja, mak oi!banyak gile. nak besar berniaga, tolonglah tambah tukang masak. kalau nak bertahan lama. kalau nak bisa besar. kalau nak lebih kaya.

makan kami x sempat. x sanggup nak tunggu. anak dah kelaparan tahap gaban. dah x tahan. dah nak balik. bayar air saja. lepas tu ke kedai pok me' kat flat melur. tempat biasa kami isi perut malam2.

sebenarnya aku dan aiman dah ke sana semalam. masa tu dah lewat. jam 10 lebih. org pun x ramai. cpt sikit. sup ekor pun sedap. itu yg malam ini gi lagi. nak pekena lagi. terbantut. tak apa esok ada lagi. kena gi lewat2 sikit. lepas berbiz. baru x lama menunggu. 

bagi sape2 nak ke sana. jgn ketika lapar sangat. sikit2 rasa dah kena gi. masa lapar gile, makanan dah sampai. kalau gi ketika dah terlalu lapar, jd kenyang dgn tok ssedar. kenyang kerana lama menunggu. lagi pulak jangan bawa budak kecik. nanti x boleh nak kawal. mengamuk nanti. tapi yang lebihnya kat sini ada wifi. walaupun baru. 

customer sebelah meja aku. anak 4. seorang bapa. juga order makan. awal aku sikit. mereka sama sampai, order je lambat. lama pun x apa. semuanya memiliki hp canggih. pakat dok main fb aku rasa. lama jadi sekejap. itulah kecanggihan dunia IT. asalkan ada pitis. bayangkan 4 anak, k 4 4 miliki hp canggih. harganya cecah RM1K.

Suasana semalam. Dekonya boleh tahan. menarik. pencahayaanya bagus. terang. bisa tertarik.

2 ulasan:

Powered By Blogger