Jom Follow

Sabtu, 29 Oktober 2011

15,000 Bakal Hilang Kerja


Melaka: Dianggarkan 15,000 kakitangan awam berstatus kontrak di seluruh negara bakal kehilangan pekerjaan apabila kontrak mereka tamat bermula 31 Disember ini.

Pegawai dan anggota kerajaan yang bakal ditamatkan kontrak membabitkan peringkat kementerian, badan berkanun, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Difahamkan, kontrak mereka tidak akan disambung tahun depan menerusi notis dikeluarkan terhadap semua kakitangan awam terbabit.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam ( Cuepacs ), Datuk Omar Osman berkata, mereka bakal kehilangan pekerjaan itu membabitkan perbagai perjawatan di sektor perkhidmatan kerajaan.

Katanya, kakitangan berkenaan ada yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun.

"Maklumat awal yang kami terima, mereka yang bakal kehilangan mata pencarian itu termasuklah jurutera, arkitek, akauntan, pegawai tadbir diplomatik.

"Kebanyakan kakitangan kontrak itu pula semuanya berkelayakan dan tidak berdepan dengan sebarang masalah disiplin, selain usia mereka masih muda," katanya selepas menghadiri Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM), Ismail Md Yusof yang akan bersara wajib bulan depan.

Hadir sama, Setiausaha Agung Cuepacs, Lok Yim Pheng dan Pengarah Imigresen negeri, Kamaludin Ismail. Pada majlis itu turut diadakan sesi dialog di antara Cuepacs serta ahli KPISM.

Omar berkata, pihaknya banyak menerima surat, selain turut dihubungi pegawai dan kakitangan terbabit yang memohon pihaknya supaya melakukan sesuatu bagi membolehkan kontrak mereka disambung.

Katanya, pelbagai rungutan diterima pihaknya yang menyatakan mereka akan menghadapi masalah sekiranya kehilangan mata pencarian kerana sudah mempunyai komitmen dengan pembiayaan pembelian rumah dan kenderaan serta mempunyai anak yang masih kecil.

"Ada juga ibu bapa yang mempertikaikan anak-anak mereka yang akan diberhentikan itu mempunyai kelayakan yang baik dengan memiliki ijazah sarjana muda kelas pertama.

"Maklum balas yang kami terima di peringkat ketua jabatan pula, mereka tidak mempunyai masalah dengan kakitangan kontrak terbabit dan hanya menunggu pertimbangan kerajaan," katanya.

Beliau berkata, setakat ini Cuepasc sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selepas pengumuman Bajet 2012 lalu bagi meminta malkum balas mengenai perkara itu.

Katanya, beliau berharap Perdana Menteri dapat menimbangkan supaya menyambung kontrak kakitangan terbabit untuk tempoh satu atau dua tahun lagi.

"Mereka bakal berdepan dengan pelbagai tekanan sekiranya hilang pekerjaan kerana hilang sumber pendapatan dan perlu mencari pekerjaan lain dengan segera," katanya.

Aku- ada kerja, x salah buat part time. jual kat pasar malam ke, buat insurans, MLM, jual burger dan banyak lagi. kerja kita tak semestinya kekal seumur hidup. 
jom berniaga. jom buat biz. 9/10 punca rezeki dari perniagaan. macam2 biz boleh dilakukan untuk menampung kehidupan. belajar tinggi2 pun x semesti makan gaji dengan kerajaan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger