Jom Follow

Rabu, 12 Oktober 2011

RM1000;curi 3 tin susu


RM 1000 denda curi 3 tin susu.

Petaling Jaya; "Saya mohon hukuman ringan dikenakan kerana saya mencuri susu itu semata-mata untuk diberikan kepada anak buah saya akibat desakan hidup," kata Norrazri Mohamad Noor, 28, dalam rayuannya di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid kemudian menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1000 terhadap penganggur itu dan jika gagal membayar denda akan dipenjara 10 hari lagi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri tiga tin susu jenama S-26 yang semuanya bernilai RM263.87 di Pasaraya Carrefour Puchong Utama, Jalan PU 3, Taman Puchong Utama, Bukit Puchong pada 7 Oktober lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger