Berkongsi suka duka yang ditemui sepanjang perjalanan menuju 'pulau impian', bersama Akademi Taipan181. Adakalanya menempuh jeram dan adakalanya melalui liku. Semuanya terangkum dalam catatan ini. Harap ada yang sudi membacanya.
Jom Follow
Jumaat, 7 Oktober 2011
Angkat Kaki...
Warga Indonesia monopoli, peniaga tempatan angkat kaki.
Kuala Lumpur; Kebanjiran dan sikap peniaga warga asing di sekitar Chow Kit, di sini, yang sering menimbulkan kekecohan menyebabkan peniaga tempatan yang sudah bertapak di situ sejak 80-an angkat kaki serta mencari rezeki di tempat lain.
Setiausaha Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bersatu Wilayah Persekutuan dan Selangor, Shamsudin Aripin berkata, warga asing terutamanya dari Indonesia yang kini memonopoli perniagaan di situ sering bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kesannya kepada peniaga tempatan dan pengunjung.
Menurutnya, peniaga warga asing mula datang ke Chow Kit pada 90-an dan lama-kelamaan jumlah mereka semakin ramai sehingga menguasai kawasan perniagaan itu.
"Mereka bergaduh sesama sendiri, menjual barang larangan dan melakukan pelbagai masalah sehingga peniaga tempatan takut mencari rezeki di situ serta berpindah ke kawasan lain.
"Gerai asal milik peniaga tempatan disewakan kepada warga asing, sekali gus menggalakkan mereka menguasai kawasan itu". katanya...
Komen anda????
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan