Jom Follow

Ahad, 30 Oktober 2011

Ahad:BOOOOOOM


Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

baru balik dari IOI.
gi main bowling bersama mim dan aiman
seronok dpt main dgn aiman.
mimnya seboleh mungkin kena ikut.
dia seronok kalau ada mak bapak,
tengok dia main, dan puji sikit.
"abang hebat,"
"abang boleh hebat lagi,"
aiman akan main lagi enjoy.
aiman akan main lagi happy.
aku tengok pun seronok.

gi tadi pun dah jam 5.15 petang.
main 5 games, penat sikit la.
main sampai jam 7.10 malam.
lepas tu solat maghrib dulu kat IOI.
singgah makan kat jaya jusco food court dulu.
pekena nasi ayam. sedap dan capai standard.
malam ini rehat sambil baca majalah Personal Money.
aku beli kat IOI, dah lama x baca majalah ini.
ada topik menarik. buat pitis dgn hobi.
hi!hi!hi!...

itu yang petang tadi,
pagi tadi lain punya cerita.
pagi2 dah gi bukit jalil.
jalan2 kat situ, nak sihatkan badan.
dah lama x berpeluh sakan.
kalau ada pun sekadar panas sahaja.
lepas situ,aku ke USJ 9. 9.45 pagi baru bertolak.
kelas wab, berjalan. Cdm kartini, yg ke kelas.
aku dok kat restoran cina muslim.
baca buku. Brian Tracy.
"No! Excuses"
"Jangan Berdalih Lagi Untuk Berjaya".

seronok. dpt semangat utk keluar dari zone selesa.
zone selesa, yang memeluk erat aku.
hingga sukar utk bergerak menuju zone kemenangan.
asyik beralasan. asyik buat dalih, sahaja.
asyik dok sembang, pasal impian, pasal kejayaan, pasal matlamat.
tapi dok sembang sama pasal alasan. hinggakan alasan itu kukuh ikat kita dari berjaya.

Sahabat peneman aku kat restoran tadi. Namanya Eh Jun Guang. 2007 masuk Islam. Datang ke USJ 9, semata-mata jual buku kajiannya sebelum dia memeluk Islam. Kajian ini dia buat semasa berumur 17 tahun. Selepas buat kajian, dia terpanggil utk memeluk Islam. Bila keluarga tahu, segala perbelanjaan dia ditarik balik. Masa tu dia sedang belajar kat TAR Kolej. Terpaksa berhenti belajar. Sekarang ni sedang kumpul duit, nak sambung belajar di UNITAR, kemasukan Januari 2012. Sewa bilik di Wangsa Maju, dan kerja di syarikat buku utk tampung hidup. Nak minta derma, x sesuai., katanya. buku tu ada 2 jilid. harga RM18 utk 2 jilid. Aku dah beli minggu lepas. Belum baca habis. Ingatkan masih ada kat rumah. cari2 tak jumpa. rugi rasanya. kena beli lagi, kalau jumpa dia lagi. aku harap minggu depan dia akan ke USJ 9 lagi.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger