Jom Follow

Jumaat, 14 Oktober 2011

RM250,000 Lebur.



SUBANG JAYA: Akibat percaya dengan pelaburan perniagaan yang ditawarkan rakan baik, seorang peniaga bukan sahaja terpaksa menunggu sejak Mac 2008 lagi, untuk hasil pelaburan malah kerugian RM250,500 selepas rakannya itu menghilangkan diri.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Cheran, 42, berkata, dia dipelawa rakannya untuk melabur dalam perniagaan baru pada Mac 2008 selain menjanjikan hasil pulangan lima peratus sebulan.

Katanya, akibat percaya dengan rakannya, dia terus bersetuju untuk melabur kerana ketika itu, rakannya mengalami masalah kewangan untuk mengembangkan perniagaan berasaskan tekstil itu.

Beliau berkata, pada Jun 2008, dia menyerahkan wang RM100,000 dan sebulan kemudian, sebanyak RM50,000.

"Bagaimana pun, sepanjang tahun itu saya tidak menerima sebarang hasil seperti yang dijanjikan dan rakan saya memberi alasan akan membayarnya selepas pelanggannya membuat pembayaran pada awal tahun ibi," katanya di sini.

Menurutnya, pada Mac tahun lalu pula, dia membuat pelaburan RM100,000 lagi dalam perniagaan rakannya dengan harapan akan mendapat pulangan.

Cheran berkata, dia tidak pernah sangsi dengan rakannya kerana selalu berhubung dengannya untuk menjelaskan mengenai perkembangan syarikatnya sehingga 10 Oktober lalu apabila rakannya gagal dikesan.

"Disebabkan itu, saya membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 agar polis dapat membuat siasatan dan menjejakinya," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chuan, berkata pihaknya sudah menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


- aku juga pernah dengar satu kes. kawan aku juga la. dia ditawarkan untuk melabur dalam satu perniagaan kesihatan yang dijalankan oleh kawannya dan dijanjikan pulangan 5% sebulan. dia berusaha untuk melabur RM50,000. sekarang aku tak dengar apa-apa cite lagi. dapat ke tak dapat pelaburannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger