Jom Follow

Selasa, 1 Februari 2011

Cepatnya Masa.

Salam

selasa
1/2/11
hari ke 32.

dah masuk bulan baru. bulan februari. bulan 2. cepatnya masa berjalan. tak terkejar rasanya. akhir zaman ni, masa terlalu cepat rasanya. rasa baru semalam masuk 2011. dah tak boleh jadi. dah kena bertindak. bertindak segera. tak boleh main-main lagi. capai matlamat tahun 2011. bila lagi nak capainya.  

blog ni, blog pasal meniaga. kita fokus pada matlamat meniaga. matlamat lain tak dibincangkan kat sini. nanti ada pulak yang kata, aku ni tak ingat mati. asyik cite pasal kaya. cite pasal duit muit, pasal melancong. pasal kereta mewah.pasal rumah mewah. cari duit yang halal je tau. kaya dengan cara haram pun tarak guna bro.

apa matlamat 2011?
kena action sekarang. kalau tak susah nak capai. ada yang nak menabung sehingga RM200K tahun ini. ada yang nak bertukar kereta dan ada yang nak tambah kereta. ada yang nak jayakan 3 cdm tahun ini. ada yang nak menunaikan umrah bersama keluarga. ada nak mengerjakan haji. ada yang berkira-kira nak beli rumah kedai. ada yang nak tambah rumah. ada yang nak lebarkan sayap ke Indonesia. ada yang nak rehat je tahun ini. semua boleh. malaysia boleh.

aku pun ada matlamat.

hari ni, hari wilayah persekutuan. orang yang kerja di wilayah persekutuan Kuala Lumpur, wilayah persekutuan Putrajaya dan wilayah persekutuan Labuan bercuti. boleh rehat, boleh sambung tidur lagi. boleh berjogging dan macam-macam lagi. ada yang dah balik kampung. sambung cuti tahun baru cina. bagi orang meniaga. tetap kerja. tetap buka kedai. tetap maintain meniaga. tetap setkan appt. tetap buat demo. tetap cari-cari stranger. tetap datang kelas. oh sebelum terlupa. malam ini tetap ada kelas. kelas.kelas.kelas. biasalah kalau nak berjaya. kena datang kelas. kita penuhkan setiap ruang di TTC Usj malam ini. bertemu dengan orang-orang hebat Akademi Taipan 181. berkongsi rahsia kejayaan mereka.
percuma.
free.
 tak payah bayar.
 datang jangan tak datang. jangan ada yang menyampah datang kelas. duit mahu? sama juga kalau ditanya siapa mahu syurga. semua nak. bila tanya siapa mahu mati. senyap.mana boleh syurga kalau tak mati dulu.

lakukan pengorbanan dulu,baru capai kejayaan.
 pahit dulu baru capai manisnya. kena susah dulu baru senang.
 kena gelap dulu baru terang muncul.
 kena tanam dulu, baru petik hasilnya.
pantun melayu pun ada;
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
tapi ramai yang nak senang cepat. tak nak lakukan pengorbanan. kalau lakukan sekejap je. kalau boleh tanam malam ni, pagi esok dah nak petik hasilnya. mana boleh gitu. benih elok macamana pun tak jadi lagu tuuuuu. tanam, siram, baja dan petik.

meniaga mlm. tak lari dari kelas, meeting, seminar dan banyak lagi. menaja, servis, prospek, stranger, senarai nama. mainan dunia mlm. orang berjaya tak miss datang semua itu. tanyalah pada mereka yang berjaya. kalau malas,usahlah cakap pasal impian besar tu. habuk pun tadak..
bulan 2 ni pun singkat. cuti tahun baru cina dah seminggu. bulan ni hanya 28 hari je. hanya 21 hari, itu belum tolak hari minggu lagi.... betul-betul kita kijo berapa je....nanti tak sempat punch lagi. bawa bulan depan lagi dan lagiiiii. topup pun lewat. katanya 9/2. apa yang berlaku, meniaga rancak selepas bonus masuk. parah lagi. berapa hari lepas tu, baru bonus masuk...
masa oh masa. cepatnya berlalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger