Jom Follow

Selasa, 1 Februari 2011

Mengarut! di tengahari.


susah nak gambarkan apa yang sedang bermain dipikiran. kalau cite pun susah nak tulis. kalau dapat tulis pun kang susah nak paham pulak. dah paham takut pahaman yang salah. tak selari dengan apa yang dimaksudkan. tapi inilah kehidupan yang mesti kita lalui. suka atau tak suka. bersyukurlah. masih diberi kesempatan untuk berubah. masih ada kesempatan untuk bina semula. masih ada kesempatan bangkit kembali. masih ada kesempatan bikin kejayaan sekali lagi. tak salah kita bina kejayaan buat kali ke 2 dan ke 3. bukan tak pernah hebat. bukan tak pernah gemilang. bukan tak pernah boom. kita masih ada masa. jangan persiakan masa yang ada. buatlah yang penting-penting dalam bina kejayaan. jangan habiskan masa buat yang kurang penting. perjalanan masih jauh. perjalanan masih beranjau. masih berliku dan berjeram. tak ada siapa yang dengan pasti menyatakan kita dah berada dilandasan hujung. kita dilangkah pertama. biar betul baru langkah berikutnya jadi betul. mendaki puncak kejayaan. mendaki puncak kejayaan. menuju puncak. semua orang tahu semuanya payah. tak semudah cakap. tak semudah kata. tak semudah pikir. realitinya susah, tapi bukan mustahil. orang lain dah berlari menuju puncak. kita pun pasti berlari. cuma kena kuatkan kaki dan stamina saja. kita tersalah pilih strategi kot. tak guna salahkan yang dah lepas. dah tak boleh buat apa lagi. sesal macamana pun ianya dah lepas. jadikan yang lepas tu pengajaran berguna buat kita semua. ada yang bersayap baru. terbang bertenggek pada dahan baru. memula langkah baru. dah lama kumpulkan sayap-sayap tersisa, bila dah utuh terbang tinggi. tahniah. sudah ada alam baru. teruskan berladang. kutip hasilnya. tak semudah itu. ini juga ada pengajarannya. harap kesilapan tak berlaku lagi. tapi silap adalah guru terbaik untuk kita belajar. baru aku tahu betapa pentingnya cdm otai, tapi lagi penting pandai mengepung network. inilah hasilnya. banyak sangat lubag-lubang. tertinggal tanpa kawalan. mudah bolos. berlumut dan hakisan menjadi-jadi terutamanya bila hujan tak berhenti. syukur pada Allah. telah beri aku pengajaran berguna. bolehlah aku kongsi dengan rakan-rakan semua. usalah buat terlalu banyak lubang. walaupun nyaman, nyamuk pun senang bolos. aedes lagi bahaya. apa yang aku dapat tahu dan termaklum sudah. nak ikut pun dah terlajak ke depan. nak undur pun mustahil. kena bina. kena bangkit dalam suasana ini juga. lakukan beberapa pendekatan positif. lakukan yang penting dulu. naikan semangat. naikan motivasi. naikan volume. naikan income. lahirkan idola. lahirkan panglima. apa-apa pun buat. asalkan meniaga terus meroket. jangan langgar syarikat dan etika meniaga. salah tetap salah. tetap terhukum. tetap kena. tak kena sini, akhirat pasti kena. jangan pula ada tersisih dari arus. arus terus melaju. jom kita sama-sama melaju.

imbas kembali dunia meniaga. setiap kali krisis pasti ada keuntungan. bukannya menyusahkan. asalkan pandai ambil peluang. krisis luaran senang settle, tapi krisis dalam diri yang paling sukar. malas. main hati. sakit hati. pecah hati. cemburu. inginkan glamour. masa suasana boom. tak ada masalah. income ada. bila suasana sedikit goyah. baru terkesan. cepat ubah ok. tapi masih selesa berkrisis padah akibatnya. naik mudah dan senang. bila turun terlalu sukar nak bangkit kembali. ini ramai yang hadapinya. terkadang memeningkan kepala memikirkanya. terkadang malas nak pikir, tapi tak lepas juga. aku pun kena. rasa dah macam kaedah cuba.masih mencari sinar. dah nampak sinar. bukan diluar pun tapi dalam diri tersembunyinya.

kurang yakin. hilang semangat. berada dalam zon selesa. takut. syok sendiri. pikir kelebihan tanpa kisah dengan kelemahan. dengar suara pujian sehingga terlupa kejian. kurang pikir pasal inovasi. kurang pikir upgread. kurang kisah dengan keadaan. kurang peka dengan rungutan. network terdedah pada virus h1n1. ramai yang terlepas pandang.

bangkit kembali semangat juang. bangkit kembali darah panglima. kerah kembali singa dalam diri. bertempur kembali. menan kembali. rampas kembali mahkota. skill dah dapat. dah sibuk kembali.masing-masing jumpa pun semasa kelas. kadang-kadang kelas pun tak nampak. demo katanya. tapi jangan teperngkap sibuk dengan yang kecil. yang kecil adalah alat untuk menawarkan yang lebih besar dan terbaru.

meriah kembali. hangat kembali. berbunga-bunga kembali. berwarna-warni semula. ceria kembali. semangat muda dah datang. berkelip-kelip semula. lip lap liplap semula. kemarau dah berakhir. hujan pun tiba. menyubur kembali tanah yang kontang. jangan sampai banjir. biarlah sedang-sedang.

sibuk kembali. ke hulu ke hilir kembali. keluar pagi, pagi baru sampai rumah. makan pun tak sempat. tiba-tiba tengok anak dah besar. gerombolan baru datang. wajah-wajah baru muncul. disamping yang lama juga datang kembali. nak berjumpa pun tak ada masa. demo,demo,demo. appt.appt.appt. syukur pada Allah,beri kekuatan untuk hadapi semua cabaran dengan tenang. masa tu dah berakhir. berakhir ketika kita masih berjuang. kalau berbunga kembali, tapi kita dah ditaman lain pun tak guna. kadang-kadang nak datang kelas pun tak sempat. terus berjuang. terus berjuang.

kenang kembali. masa itu. sedikit masa dulu. banyak masuk, keluar pun banyak. tak sempat nak menabung. tak sempat nak menyimpan. tak sempat nak masuk bank. macam air paip keluarnya. tak beringat. ingatkan sentiasa dapat seperti tu setiap bulan. tak ingat ke kita ni meniaga. ada banyak, ada sikit dan ada kalanya tak ada langsung. belanja sakan bila dapat. bagaikan segunung emas. beli pakaian pun seminggu sekali. harganya boleh tahan. setiap kali majlis anugerah berbaju baru. orang lain dok pakai yang sama je. ok pun. usahlah dok cakap pasal itu. dah lepas la. buat apa pun tak boleh kembali lagi. kita nak ambil pengajaran la. nak buat teladan la.

kelas-kelas kembali penuh. tak muat dah. kena bersila, kalau datang lambat. nak selesa kena cepat. kaya pun cepat tau. dah tak ramai yang dok sembang kat luar lagi. dah tak ramai dok lepak kat luar. dah bawa prospek. mestilah duduk sebelah prospek. dok gitu. mana-mana tempat pun begitu. ramainya orang nak tambah pendapatan. jumpalah mereka, kita tak akan dikecewakan.

ada lagi yang meniaga cara tak betu. tipu tipu lah katakan. ambil duit. tak punch. tapi bagi barang sendiri. bagi bonus cash. tak ada cek. kalau punch pun tak penuh. prospek rakan kongsi, daftar bawah orang lain. pergi demo dengan rakan kongsi, tak close. follow up, nak masuk,kita pun letak bawah kita. ingatlah. jujurlah. Allah Maha Tahu. lepas di dunia. Akhirat pasti tak lepas punya. nak meniaga lama mesti jujur. kalau kena tindakan, jangan salahkan orang lain. kita salah, tak kan orang lain nak tanggung. 

dah dapat barang tu. edarkan pada kawan-kawan. produk ajaib, ramai yang mahu. buka mulut je. kalau dok senyap memag tak habis. buat demo, tunjukkan kehebatan produk. pasti ada orang nak. meniaga kita meniaga network. income besar bila network kembang. jual. sales hanya dapat untung runcit je. income tak berapa besar. kita sponsor dan jual produk. jangan lebih satu. nanti perjalanan meniaga kita, ada masalah nanti.

pilihan ditangan kita. nak sepenuh masa ke atau nak part time. orang lain boleh bagi pendapat je. keputusan kita yang buat. nak sepenuh masa. hati kena kental. muka kena tebal. kulit kena tahan cuaca samada sejuk atau panas. kerja ini bukan senang. bukan berjalan atas karpet merah. kita bergerak atas jelingan, kritikan dan sindiran orang. tak ramai yang sokong kita meniaga ini. tak ramai yang puji kita, lantaran kita meniaga ini. lebih-lebih lagi ketika baru menapak. kalau dah berlari tu lain la. dah nampak hasil. tapi ketika bermula...cabaran sungguh hebat. kadang-kadang tu bukan orang lain, tapi orang tersayang. ibubapa dan adik beradik. lajulah bergerak. cepat nampak hasil. baru mereka percaya. tapi rezeki bukan kita yang tentukan. kita hanya boleh ikhtiar. kita boleh sharing. kita boleh ajak. kita boleh kongsi peluang. nak masuk atau tidak bukan kita punya natijah. Allah yang tentukan. janji usah kita dah lakukan terbaik.

memilih sepenuh masa. kena ada juga simpanan. boleh menampung sekurang-kurang 6 bulan. baru tak stress. ini tak, tak jadi 1 bulan, dah stress. pikir yang bukan-bukan. jangan gitu. tenankan hati. buat, buat dan terus buat. 

ada yang jual kereta. ada juga yang baru beli kereta. tak kurang juga ada yang tambah kereta. pelik kan. ada kata dah tak boleh cari makan. ada kata, dah tak ada orang nak masuk. ada orang kata, nama dah busuk. ada orang kata meniaga sedang lebat. ada orang kata, produk menjadi kegilaan ramai. ada orang kata, produk kita permintaan tinggi. mana satu yang betul. tak sama antara kita. bergantung kepada keyakinan yang kita miliki. setakat mana keyakinan kita terhadap industri ini. 

apa-apa pun aku dah 10 tahun meniaga. dah 7 tahun sepenuh masa. risau, takut, yakin, tak yakin tu ada juga. mula-mula dulu. kini dah teguh. dah tak goyang lagi. dah yakin sungguh-sungguh. meniaga ini ada masa depan. meniaga ini bergantung kepada diri aku.meniaga ini, meniaga abad 21. ramai jutawan yang lahir dari industri mlm. apa nak takut. syarikat dah kukuh. bernaung dibawah group terhebat. berilmu dan sentiasa bersama-sama dengan cdm otai.

orang tak nak jumpa.
orang tak angkat call.
orang tak balas sms.
orang tak nak. nak, tapi tak jadi.
orang nak, buat dana, lepas dana, tapi tak jadi.
kawan bagaikan orang asing. jumpa, mengelak. takut diajak meniaga.
meniaga tak lama.
meniaga sebulan.
barang belum ambil dah mati.
koma.
nyawa-nyawa ikan.
nyut-nyat. nyut nyat.
datang marah pun ada.

itu semua dah lalui dengan tabah dan penuh ketenangan. kongsi dengan orang lain. kongsi lagi. kita tak tahu orang yang keberapa akan buat gila-gila. kita boleh harap dan terus harap. orang yang kita jumpa selepas ini akan meniaga seperti kita. orang kita jumpa adalah permata. kalau jumpa cermin je, tak apa. jangan buang. ada gunanya juga. cermin kalau dibuat ukiran mahal juga harganya. pandai-pandailah kita ukir.

usahlah sesal apa yang kita buat. dah banyak yang suka telah kita rasai, berbanding yang duka.

apa ni mengarut. siang-siang hari ni. dah panjang. orang pun malas nak baca. pendek-pendek sudah. sampah! sampah! bukan penglipulara. ini orang cuti. nak baca santai-santai. nak baca yang mudah. ol lah.ok lah aku berenti kat sini. ada masa aku mengarut lagi. asalkan meniaga jalan je. kata apa pun apa aku kisah. bye!BYE! JUmpa lagi. Jumpa di puncakkejayaan.

2 ulasan:

  1. sangat berguna ilmu2 diberi ni thanks cdm kamarudin..

    BalasPadam
  2. beruntung sungguh berdamping dgn org KAYA ILMU..kta tmpang ilmunyer dan praktikkan, KAYA HATI..kta bnyak belajar how to handle hati..bnyk redha dan sabar, KAYA BUDI..org berbudi kita berbahasa, cdm memberi kita merasa, yg penting KAYA duit..tips untuk buat duit banyk juga ada ....BUAT BANYAK, BUAT SIKIT HASIL SIKIT...

    BalasPadam

Powered By Blogger