Jom Follow

Jumaat, 4 Februari 2011

Cerita Sebelum Terlelap??

Salam

masih di kelantan. Masih bercuti. Masih tenang. Masih ceria. Masih happy.

Macam-macam ceritera yang dengar. Biasakan dok kat kedai kopi. Harga getah, naik. Getah skrap kena curi. Terutamanya kebun tepi jalan. Tuan kebun buang pekerja, nak toreh sendiri. Tak payah nak bagi-bagi lagi. Nak banyak lagi la tu. Dah tamak.

Lembu kena curi. Kambing kena curi. Macam-macam lagi. Jual daging lembu curi, mengaku daging lembu sendiri.Jual daging kuda, mengaku daging lembu. Jual daging kerbau, mengaku daging lembu. Daging terlaku sekarang, cuti. Ramai yang kenduri. Daging lembu jadi pilihan. Daging kotak, orang kelantan tak makan. Kena daging segar juga. Mahal pun mahallah.

Kesian, barang naik. Bukan sikit, tapi banyak. Cakap barang kawalan, harga seminggu 2,3 x naik. Minyak masak naik, bawang naik, cili naik, kelapa naik, santan naik, tepung naik, telur naik, gula naik, beras naik. Naik dan terus naik. Turun bagaikan mustahil. Ada orang kata, getah naik, tak apa. Bukan semua ada getah...

kenduri- kendara. 4,5 jemputan sehari, tapi nasib baik, sekarang ni dah ramai yang buat jamuan arwah je.

Masa ni juga, geng-geng balik kampung. Ada yang buat aktiviti, eratkan kembali hubungan terputus. Bakar ikan, bakar ayam. Minum-minum bersama kawan lama. Fb dah ada, terputus tapi mesra semula. Jaringan semakin meluas. Gunalah kearah yang berguna. Jangan persiakan jaringan yang tersedia. Rugi kalau biarkan begitu saja. Alumnai sekolah rendah, alumnai sekolah menengah, alumnai universiti/kolej/maktab. Semua kena join. Kalau perlu, kitalah yang anjurkan. Berkongsi peluang dengan yang mahu. Berkongsi peluang dengan yang positif. Berkongsi peluang yang, mengeluh tak cukup duit gaji. Tak perlu kongsi dengan semua orang. Nanti mereka kata, nak jumpa mereka ada udang disebalik batu.

Apa khabar orang Sabah, meniaga dah meriah kembali. Sibuk kembali. Jom sama-sama kita cipta kejayaan sekali lagi. Cdm Faridah dan Cdm Ku yah, dah ke sana. Bergurulah dengan mereka.
Cdm Fitri ke Melaka. Cdm Muhamad Razali, gempur utara. Cdm-cdm lain, tak kurang sibuk. Walaupun tak catat di sini, anda semua terlalu hebat dan tak berhenti cipta kejayaan demi kejayaan.
Apa kejayaan?
Dapat kaki baru.
Dapat leader baru.
Naik pangkat.
Volume bertambah.
Income naik.
Bawa prospek datang kelas.
Bawa rakan kongsi datang kelas, seminar.
Baca 1buku pasal mlm.
Dan banyak lagi yang telah dicipta dan bakal dicipta.

Sama-samalah berdoa, agar kejayaan sentiasa bersama dengan kita dan Akademi Taipan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger