Ahad.
rutin biasa.dah biasa buat. buat perkara biasa buat. gi tempat biasa. cakap-cakap yang biasa cakap. dengar yang biasa dengar. tak ada yang pelik. biasa jugak. jumpa orang biasa-biasa. lama-lama jadi orang luar biasa. biasa-biasa je. tapi luar biasa.
meniaga biasa. jual benda biasa. aktiviti biasa. hasil luar biasa. kalau tak biasa gi, boleh juga ke sana. buat biasa-biasa. orang biasanya mengalu-alukan orang tak biasa ke sana. biasa-biasakan diri ke sana. dah biasa nanti. masyuk pun luar biasa. jalani hidup luar biasa sikit.
cite biasa. meniaga biasa-biasa. dapat luar biasa. biasa dapat 4 angka. ada yang biasa dapat 5 angka. luar biasa lagi 6 angka sebulan. tengok orang biasa-biasa je. biasa-biasa.
cari rezeki halal. banyak pun tak salah. asalkan halal. jangan langgar perintah Yang Maha Kuasa. ke mana pun boleh, asalkan halal. jangan langgar perintah Yang Maha Melihat. ikhtiar sekuat mana pun boleh. asalkan jangan langgar perintah Yang Maha Mendengar.
meniaga. teruskan meniaga. jangan berhenti meniaga. dapat banyak dan belanja pun, ke tempat yang Allah benarkan. kebesaran harta, jangan masuk dalam hati. dalam hati semestinya dipenuhi dengan kebesaran Allah.
solat jangan terlepas. zakat kena bagi. benda haram jangan buat. menipu jangan sekali. jujurlah. jujur pada diri sendiri. jujur pad rakan kongsi dan jujurlah dengan semua orang.
meniaga. masih meniaga. akan tetap meniaga.
dah nak ke Usj Taipan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan