Jom Follow

Isnin, 7 Februari 2011

kerja tambah kawan, bukan lawan.


Salam.

Isnin. Senin.
7/2/11
hari ke 38.
minggu ke 6.

dah cukup. dah lama. kena bangun. wajib bangun. jam dah 9.30am. kena cipta kerja. kena kerja. kena gi kerja. kena tambah kerja. tua-tua nanti tak payah kerja lagi. kerja sekarang. buat pasif income banyak-banyak. tiap bulan mentain masuk. tak risau lagi. tetap masuk. masuk lagi. lagi-lagi masuk.
 
tak payah sambung-sambung lagi. dah cukup. bukan bayi lagi. kena tidur sampai 16 jam sehari. kamu dah tua. dah berumur 38. tidur sikit je pun dah cukup. masih ada matlamat yang belum capai. 
 
nak tambah rakan niaga.
nak tambah cdm.
nak tambah kaki.
nak dalamkan kaki.
nak tambah volume.
nak tambah income
nak tambah kawan.
nak tambah pasif income
nak tambah leader.
ingat dengan bermalasan ianya akan tercapai. dengan relax tu bisa bawa matlamat terjadi. kena buat bro. kena bertindak. kena gerak. kena...jangan dok harap terjadi dengan sendirinya. 
 
kerja sendiri. lagi kena kuat kerja. tak kerja tak masuk. nak masuk banyak, kerja pun kena banyak. kerja pun kena lama. perhatikan kedai-kedai cina. buka awal, tutupnya lewat. tak ada cuti. hari-hari kerja. hari minggu pun tetap buka. balik CNY pun paling lewat. orang kita lagi awal. 
aku kena tiru semangat mereka. kerja rajin. cakap apa pun kalau tak rajin buat pun tak jadi terbaik. hari-hari kena kerja, hari-hari kena keluar awal. tak tahu nak buat apa. tak apa. kerja tambah kawan. kerja tambah kawan. jangan tambah lawan. senang je kerjanya. jumpa orang senyum dan bagi salam. hanya orang sombong je yang tak jawab salam dan memang sombong. biasanya orang akan layan kita juga walaupun sekejap. sebarkan silaturrahim pun salah satu punca rezeki.

kerja makan gaji. lain sikit. tiap bulan pasti masuk, tapi kurang cukup. meniaga ni masuknya tak pasti, tapi selalunya berbaloi-baloi. kena belajar dan buat. baru dapat kepahamannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger