Jom Follow

Sabtu, 5 Februari 2011

001

Salam.

Sabtu.
5/2/2011.
Hari ke 36.

Masih di desa. Sedang santai. Rehatkan minda. Tenang-tenangkan minda, agar dapat berfikir dah membuahkan hasil terbaik. Kadang-kadang terlalu, hinggakan kita buntu dalam buat keputusan.
Malam ni kami akan bertolak ke Kl. Kena masa sesuai, takut jam. Tadi semasa aku ke batu 5(makan mee special). Jam teruk. Dari trafik light simpang batu hitam hingga simpang kelewek jam. Itu belum lagi atas jambatan sungai kelantan menuju ke Machang dan Kuala Kerai. Tadi ada yang bertolak jam 4pm dari Paloh Tanah Merah dan selepas 4 jam, baru sampai Pahi. Biasa 45 minit je. Pantang cuti lebih 4 hari, krlantan pasti sesak. Orang paling beruntung, peniaga. Kat Rantau Panjang. Penuh dengan pembeli. 2 hari berturut-turut aku ke sana. Ramainya manusia. Jam. Untung sakan. Harap jangan terlalu nak untung, lama-lama orang tak datang. Siapa yang rugi. Jangan banyak mengeluh. Bersyukur dengan yang diperolehi. Kalau tanya je, peniaga kat sana, asyik-asyik tak untung je, kalau untung pun kecil je, cukup-cukup makan je.
Kedai makan, pasaraya, penjual daging, penjjal ayam, penjual ikan, kaut untung. Ramai pelanggang. Bapak mertua aku, tak menang tangan, ramai yang kenduri. Tanyalah penjual ayam, berapa ekor terjual sehari. Pasti meningkat lebih 5x ganda dari biasa. Masa nilah, nak dapat duit lebih. Jangan lupa menabung. Kedai mee tadi pun penuh. Terkejut aku tengok. Terlalu ramai yang datang makan. Sedap bro...

Kat kedai mee, tak ada meja 0. Jadi inilah masanya. Aku g dok dimeja yang ada seorang je. Sembang-sembang. Berkenalan. Seronok berbual dan kalau nak pasti dapat kontak. Tanya dok mana, kerja mana, dah kahwin ke belum. Untuk ands, aku ni pemalu dan jarang bercakap kalau orang yang baru jumpa. Bila buat ini, malu kena letak tepi. Malu kena buang. Kena tebal muka. Bagi salam dan sapa. Mesti buat. Baru senarai nama sentiasa bertambah.

Aku tahu, ada orang sedang berdemo. Ada orang sedang jumpa kawan lama. Ada orang sedang berbual dengan stranger. Tahniah. Lakukan sentiasa, pasti kejayaan dilakarkan. Ketika orang lain layan tv, kita layan prospek, kita berdemo, kongsi biozone food purifier. Kalau melekat, kita untung, tak jdi. Next! Kalu dok santai kat runah, sah lah tak ada orang yang masuk.

Tawaran Rm 5 K, masih berjalan. Ada yang nak. Tapi tindakan seperti tak nak. Kenapa? Tak ada peningkatan mutu kerja. Sama je, seperti tahun 2010. Berubah bro. Kena tingkatkan kerja, peluang masih terbuka. Bila sibuk nanti,,,,,.sesal pun dah tak berguna. Kelas masih datang sorang-sorang. Kelas pun jarang-jarang je nampak muka. Masih terlalu mengharapkan pada upline untuk berdemo dan follow up. Meniaga sape?

Semua orang adalah 001. Ini kena ingat. Kisah kita dan kebawah je. Jangan terlalu kisah dengan upline. nak meniaga ke tak nak? datang kelas ke tak? datang seminar ke tak? datang majlis anugerah ke tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger