Salam
jumaat.
11/2/11/
hari ke 42.
cepatnya waktu berlari. sekejap je dah masuk hari ke 42. bagaimana impian anda. masih bersemangat. masih yakin boleh capai. masih yakin boleh milikinya. dah ada yang capainya? dah ada yang dah miliki? aku pun dalam perjalanan menuju impian tersebut. bukan mudah, tapi tak mustahil.
nak miliki 1000 buku. ini jelas. aku masih yakin bisa capainya.
nak bersolat subuh di tempat azan dilaungkan. ini yang lebih susah. tapi setakat ni masih berjaya. sebelum tidur, doa agar Allah permudahkan untuk aku bangun sebelum subuh. boleh.boleh.boleh. hari tidur awal, biasanya boleh. hari yang tidur lewat? tergantung pada imam kamu. kuat ke lemah hari tu. kalau imam kamu strong,kamu bisa buang selimut kamu tu. masa imam lemah kamu terlantar dikatil empuk tu. ingatlah buat amalan kebajikan bukan sekadar bergantung pada ilmu/tahu sesuatu penting tapi kondisi imam kamu.imam kuat kamu boleh buat banyak amalan kebajikan... seperti solat di surau, balaisah dan masjid.
pagi tadi pun hampir terlepas. tapi sempat ke surau. sedar-sedar dah jam 6.10am, nasib baik azan sedang dikumandangkan. cepat-cepat aku gi. syukur. masih sempat...bukan apa, salah diri sendiri. tidur lewat. jam 3.30am baru tidur.
kenapa tidur lewat, kalau dah tahu nak bangun pagi. kenapa tidur lewat, kalau dah tahu kena bangun sebelum masuknya waktu subuh. kenapa tidur lewat, kalau dah tahu kena bangun pagi-pagi buta.
semalam aku tak lena tidur. seharian tak keluar rumah. baca buku dan rehat-rehat. malamnya sukar nak lelapkan mata. putar-putar di kl downtown. tak pernah ke sana. selalu nak pergi, tapi pikir sukar nak parking, hasrat aku jadi mundur. itulah akibatnya manusia jenis pikir hal negatif, hingga lupa pada yang positif. pergilah, dan carilah parking.
' nak makan ikan terubuk, tapi pikir tulang banyak, sampai bila tak makan. sepatutnya fokus pada sedapnya ikan terubuk tu....
Terubuk masin sarawak. tak sah kalau ke sarawak tapi jadikannya ole-ole. |
semalam ke sana bersama encik rosli. tengok-tengok apa yang dijual. semalam tak ramai sangat. sedang molek aku jalan-jalan. bisa tengok dengan tenang dan boleh ambil gambar sikit. boleh kongsi dengan anda semua. lepas tu, putar-putar kl pulak. jam 3am sampai rumah.
Antara yang ada di KL downtown. |
seronok tengok ramainya orang kita berniaga. cari duit dengan berniaga. anak-anak muda pun ramai berniaga. tahniah dah ada wawasan masa depan gemilang. tak ramai warga asing yang berniaga. berbagai barangan terjual. baju, beg, jam, dan banyak lagi. nak tahu silalah ke sana. malam minggu lagi ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan