Jom Follow

Jumaat, 4 Februari 2011

Harga yang mesti dibayar..

Salam.


Masih di kampung Kok Berangan, Pasir Putih, Kelantan. Jap lagi akan ke Becah Kelubi, Pasir Mas, Kelantan.

Ramainya orang balik kelantan. Jam jalan. Ini yang jadi bersemangat, masih ramai yang belum join dan tak pernah dengar pun pasal meniaga yang aku buat. Jadi potensi meniaga sepanjang hayat semakin cerah.

Aku mesti ada lagi impian besar. Biar tolak semangat kerja. Lebih rajin, lebih tekun dan lebih giler. Masih ramai. Masih ramai. Kenapa takut?

1 kata 'no', beribu lagi yang menunggu nak kata 'yes'. Cuma aku perlu temuinya. Aku perlu berkongsi dengan mereka. Aku perlu buat appt dengan mereka. Jangan malas je.
Kesempatan kecil, langkah awal menuju kesempatan besar. Senyum, sapa adalah kesempatan kecil.

Appt mesti dicari, bukan tunggu appt terjadi dgn sendirinya.

Semalam telah berlangsung dengan jayanya program 'Nur Wanita'. Sambutan amat menggalakan. Ramai yang nak cantik dan bergaya. Semua orang mahu duit. Lebih pun ok. Banyak pun bagus. Gunakan kekayaan untuk mencari keredhaan Allah.

Dimana anda. Masih bercuti. Masih santai dikampung. Jangan lupa, impian tahun ini. Meniaga mesti diteruskan. Appt mesti buat. Senarai nama mesti tambah. Cdm dan income puluh ribu. Tak mustahil. Tingkatkan usaha. Tambah kaki baru, tambah volume setiap bulan. Target volume minimum setiap bulan. Bekerja dari awal bulan lagi. Jangan mula bekerja lepas bonus masuk dulu.

Pikir yang menyenangkan dari pikir yang menyusahkan. Pikir 'yes' dari pikir 'no'. Happy. Happy.

Perubahan kecil, bakal ubah kehidupan. Aku dah mula. Anda pun mesti mula. Jumpa orang senyum, kalau ok, sapa, ok lagi sembang. Bila selalu buat, seronok. Pantang jumpa orang, bagi salam. Cuba buat, hasilnya lumayan. Senarai nama jadi panjang, tak akan habis.
Semakin tinggi pencapaian yang kita mahu, mahal juga harga yang harus dibayar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger