Jom Follow

Ahad, 13 Februari 2011

50-50


 Apa khabar orang Melaka?

Tak jadi nak ke Melaka. Rasa penat pulak. Maaf orang Melaka. Aku tahu anda semua hebat. Anda semua fighter. Ada orang bantu ke tak ada orang turun ke. kelas tetap jalan. meniaga tetap kencang. meniaga tetap hebat. 

tadi sempat jumpa dengan orang hebat. banyak dapat belajar. banyak dapat ilmu. banyak dapat dari perkongsian tadi. meniaga ini bukannya boleh buat sorang-sorang. perlukan team kalau mahu berjaya. team tu biarlah besar dan ramai serta kukuh. sentiasa beri bimbingan. sentiasa beri suntikan semangat. mesti fokus kalau mahu berjaya. nak berjaya mesti berani dan tak boleh tangguh-tangguh lagi. buka mulut, kongsi peluang. sumber ramai, depan mata, selau sembang. tapi masih teragak-agak. belasah je bro.....mereka dah tahu, apa yang kita buat dan sedang buat. mereka tahu tak secara detail, tahu  angin-angin je. mana tahu bila kita cite secara detail pada mereka. mereka berminat. siapa yang untung? kita juga. kalau kita cite. peluang jadi 50-50. tapi kalau tak cite .....peluang 0 sahaja.



kalau boleh hari ahad, hanya ada 1 kelas je sekitar lembah kelang. tak payah buat lain-lain program. bila ada lain punya program. cdm tak datang kelas. bila cdm tak datang kelas. rakan kongsi pun liat nak datang. kalau datang pun lambat. kelas dah penghujung baru nampak muka. suasana tak berapa panas. suasana tak menyelerakan. suasana kelam. bila tak berapa panas, susah nak closing. siapa yang rugi. kita juga. kita berusaha untuk jadikan kelas hari ahad, kelas terhebat dan terbesar di Malaysia.

balik rumah, ke IOI Mall, beli buku untuk anak. nampak boring je. mengadap TV je. cari komik untuk dia hadam petang dan malam.


selalu kena suruh. kalau tak tak baca. tapi asyik sebut boring je. kita sebagai orang tua tak boleh boring cakap. biar selalu kena cakap. biar boring dia dengar. kita tak tahu kita cakap kali ke berapa, dia dengar dan menusuk kalbu serta jadi titik mula perubahan.

rakan kongsi pun sama. kita kena cakap. kalau, tak tak gerak. gerak pun semput-semput, kecualilah rakan kongsi ada impian yang amat-amat jelas. dah ada kesedaran dalaman. meniaga inilah bakal merubah sejarah aku dan keluarga aku. tapi apa yang berlaku, meniaga dulu baru lakarkan impian. jadi bila ada cabaran sikit, mulalah impian mencair. mulalah impian kabur je. sabar bro... dalam hidup, cabaran sentiasa muncul. atasinya dan kita berjaya. cabaran datang untuk kita atasi dan bukannya untuk kita hindari. batu ada 2 hal. satu batu penghalang dan satu lagi batu loncatan. jadikan pendorong menuju kejayaan.

Apa khabar pejuang semua? Kita hanya ada satu pilihan sahaja iaitu berjaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger