Jom Follow

Rabu, 16 Februari 2011

Ikut!!!

telah rehat-rehat kat rumah. mata masih bersinar. belum mau lelap lagi. masih teringat-ingat kehangatan bonus night sebentar tadi. bonus night berjalan dengan sempurna. kehadiran warga akademi taipan masih seperti dulu-dulu. masih bersemangat. masih panas. masih giler meniaga. masih punyai impian yang nak capai. masih kental semangat juangnya. masih hebat meniaganya. masih tajam matanya melihat peluang. masih utuh persaudaraan dalam akademi. masih hebat penangan bonus night. kehadiran lebih 200 orang membuktikan kita masih bernafsu menjadi terbaik dikalangan terhebat di bumi malaya. tak ada orang yang boleh halang akademi taipan dari terus mencipta kejayaan demi kejayaan, kecuali diri sendiri.
namun begitu, ada juga yang kabur dari kelas malam ini. mungkin sibuk kot. mungkin ada hal yang lebih penting yang perlu tindakan segara. harap dah selesai hal tersebut. harap hal tersebut tak menganggu meniaga kita semua. meniaga terganggu, income pun terkesan. kehidupan pun bakal terjejas. elakan masalah kecik-kecik. 
kenapa tak datang? orang jauh pun boleh datang. sm boleh datang. ssm nampak muka. dsm ceria semacam je. ddm gah bersama rakan kongsi. cdm? mana mau pegi. dah cukup gah anda punya meniaga. dah kukuh network anda. dulu sentiasa nampak muka, kini jarang-jarang. ubah sikap anda. kelas jangan tinggal. 2,3 x ponteng.dah syok. terus ponteng. tak sayang meniaga ke?????
dulu jauh pun datang. dok di hujung tanjung sampai. dok di hujung kampung pun tiba.  sakit pun digagahi. demam pun datang. letih pun datang. penat pun datang. mengesot pun datang. merangkak pun tiba. bertongkat pun datang. dipapah pun datang. setiap kali kelas. tak ada alasan. tak ada halangan. tak ada tarikan selain dari kelas. awal pulak tu tiba. kini...sedih aku lihat. nak meniaga ke tak nak? nak kaya ke tak nak? nak terus income besar? nak kukuh network ke tak? cakap lain , tindakan lain. datang ikut suka. balik ikut suka. meniaga ikut suka juga gamoknya.....
mlm bukan senang nak kekal berjaya. ramai yang berjaya sekejap, terus hilang. dapat cdm, merundum meniaga. ada dapat kereta, hilang meniaga. ada dah jadi ddm, macam dah terlalu hebat. tak teruskan kecemerlangan. nak kekal hebat dalam mlm, teruskan kerja cemerlang. teruskan kerja hebat. teruskan kerja rajin. teruskan menaja. teruskan tambah senarai nama. terus bekerja. nak rehat sikit pun biarlah dah dapat 67% dulu. semua kaki boleh gerak sendiri. dah ada bintangnya sendiri. kalau setakat 2 kaki besar. kalau setakat 3 kaki besar. belum masanya lagi. terus buat kerja.
mlm mesti pandai ikut. mesti pandai ikut.  mesti pandai ikut. tak perlu pandai bro. ikut orang berjaya, kita pun berjaya. ikut akademi, kita akan sampai ke destinasi. jangan dok poning kepalo. sistem dah ado. ikut je. ikut. ikut. ikut. aku pun ikut juga. ikut komiti. apa komiti putuskan aku ikut. setuju ke tak setuju. ikut komiti. buat-buat pandai.....
hai-o punyai kehebatan. tak semua yang nampak. masuk baru tahu. bila tahu, jangan berhenti buat. bonus tertinggi. mentain tak rumit sangat. produknya berkualiti. pangkat tak turun-turun. kat lain mana ada gini.

safira club malam ini.
penuh.
penangan nds.
awas warga utara.
turun jgn tak turun.
penuhkan setiap ruang yang ada.
bersama rakan kongsi.
hong kong melambai-lambai.
tiket masih banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger