Jom Follow

Ahad, 13 Februari 2011

NDS Penang.


Salam.

Ahad.
13/2/11.
hari ke 44.

bertemu lagi dipagi ahad yang indah permai ini. dah jam 8am. masih tidur. atau sambung tidur. ada yang dah keluar, cari makan. ada yang dah keluar, jogging, berbasikal atau jalan-jalan. ada ke Taman Bukit Jalil. mana-mana pun boleh.

aku baru balik solat subuh. hari ini ke masjid sri petaling. lepas tu makan pagi terus dan baru balik rumah. syukur dapat bersolat di masjid. semalam di safira club, tak dapat. kena ubah sikap. mana-mana pergi pun mesti cari masjid dulu. tak rugi.

semalam terbungkam awal. sampai dari utara. tengok bola dan tidur. penat pandu kereta. tanpa henti. nak cepat sampai.

lepas NDS terus balik. ramai yang bersemangat lepas seminar semalam. ada yang terus buat appt. ada yang terus jumpa prospek. ada yang terus tulis senarai kawan-kawan yang perlu dikunjungi. dah tak boleh tunggu lagi. nanti orang lain yang gi cite pulak. melepas akuuuu.

dah dapat, gambaran gerak kerja seterusnya, serta cabaran yang bakal tempuhi dalam usaha menuju puncak kejayaan. kena buat sampai jadi.

jadi apa? 
jadi cdm. bila jadi cdm, baru bermula perniagaan kita sebenarnya. seboleh mungkin mesti capai semua bonus yang ditawarkan oleh syarikat. layak setiap kali pakej melancong ditawarkan. bila lagi nak lihat keindahan negara orang.
kehadiran lebih 180 orang peserta. ramai juga yang aku tak pernah nampak muka. mungkin orang baru. ada juga orang lama. sedang rehat. dikejutkan semula oleh upline. atau sedar kalau tak buat perubahan, tak siapa yang akan diri sendiri yang rugi. upline terus cipta kejayaan demi kejayaan bersama meniaga ini. kita masih ditakuk lama. dari perlis, kedah, penang dan ipoh. ada muda, tua.dah kahwin, belum kahwin. masing-masing dahagakan ilmu dan mahu tambah pendapatan sesuai dengan tuntutan semasa. harapkan gaji semata memang tak cukup. habis sebelum masanya.


Leader yang buat perkongsian semalam;
  1. Cdm Faridah Mohd Ali.
  2. Cdm Wan Mahatzir.
  3. Cdm Kamarudin Mamat.
  4. Cdm Muhamad Razali
  5. Cdm Fitri.
NDS dipengerusikan oleh EMCEE hebat Akademi Taipan; DDM Nizam. Doa dibacakan oleh Cdm Dzulfauzilah.

Baru bermula. Baru kenal medan. Jangan undur sebelum berjaya. kejayaan milik mereka yang berjuang tanpa give up.
Bersama Cdm Wan Mahadzir atau Jet Li. Perkongsiannya semalam cukup hebat, kena lebih kerap lagi kongsi ilmu dengan warga Taipan.
Bersama Cdm Bang Li dan Ddm Pak Long. Mereka menjadi Idola warga Akademi Taipan Utara. Tak payah berniaga punmereka dah lebih dari cukup tapi tetap berniaga. Mahu berkawan dan dapat berkongsi ilmu meniaga dengan orang-orang muda. Nak berjaya, perlukan masa. tak jadi dalam satu malam. tekun dan sabar.

Aku bersama DDM Rezal. Salah seorang pemimpin sedang bersinar dari Utara. "Aku Budak Kilang".
Ddm Nizam; MC hebat dan sentiasa memberi sumbangan buat Akademi Taipan. Cdm Fitri; semalam bakar habis. diberi kesempatan untuk menggulung seminar semalam. ternyata hebat. ternyata unggul.
sempat cari penawar.

Apa-apa komen terhadap NDS semalam, sila tulis dibawah untuk kebaikan bersama??????

2 ulasan:

Powered By Blogger