Jom Follow

Khamis, 10 Februari 2011

Dah Balik Kerja????


Salam.

Khamis,
10/2/11,
hari ke 41.


Dah balik kerja. Atau masih di opis. Atau baru nak masuk opis. Atau dalam kesesakan jalan raya. Atau singgah kat pasar malam. Atau singgah kat giant.
Ada yang terus balik rumah. Ada yang tak balik terus. Ada yang kena overtime. Ada buat kerja ke2, seperti meniaga mlm, insurans, meniaga pasar malam, meniaga burger, jual char kue teow, jual jersey bola, jual buah.
jersey yang dijual semalam di sekitar stadium Shah Alam semasa perlawanan persahabatan Malaysia VS Hong Kong.

Ada yang kena sampai cepat rumah. Hantar anak gi tiusyen. Teman anak belajar. Kena masak untuk makan malam. Kena ambil anak di taska. Kena ke klinik, anak tak sihat. Kena bersiap awal, malam ni kan malam jumaattttt. kah. kah.kah.

Ada yang baru nak keluar rumah. Ada yang baru gi appt. Ada yang dah 3,4 appt hari ini. Ada yang baru 1 appt je. Ada yang gi kutip dokumen. Ada yang bersiap-siap nak gi kelas. Ada yang dok tunggu prospek. Ada yang dok termanggu-manggu, tak tahu apa mahu bikin. Appt pun tak jadi.

Ada keluar kawasan. Ada ke Kelantan. Ada ke Safira Club. Ada ke Johor. Ada  ke Melaka. Ada ke Kuantan. Ada ke Ipoh. Ada ke Kangar. Ada ke Alor Star. Ada ke Kudat. Ada ke Sandakan. Ada ke Tawau. Ada ke Miri. Ada ke Kuching. Ada ke Sibu. Ada ke Labuan. mana lagi?

Ada yang berputar-putar KL dan Selangor. Ke Kajang. Ke Kelang. Ke Banting. Ke Shah Alam. Ke Putrajaya. Ke Nilai. Ke Klia. Ke Sepang. Ke Ibu Kota. Ke Puchong.



Dah siap nak ke balaisah. lepas isyak ada nak jumpa kawan. nak tunjukan produk ajaib.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger