Jom Follow

Jumaat, 31 Mei 2013

Cerita Aku;Jumaat

Assalamualaikum, buat kawan-kawan yang sudi menyinggah. Terima kasih kerana sudi membaca kisah-kisah aku. Terima kasih kerana mengikuti blog aku ini. Blog aku ni, blog biasa-biasa. Blog suka-suka. Blog gile-gile. Blog simple. Blog tak serabut. Nak lebih-lebih, aku pun tak pandai pun. hihihi. Aku pun dah berumur. Dah cecah 40-an. Nak macam blogger muda-muda, tak ada la. Blog tempat aku berbicara pasal aku. Pasal keluarga aku. Pasal bisnis aku. Pasal kesukaan aku. Pasal makan-makan. Pasal apa-apa yang aku nak tulis. Aku harap, tak timbul kontroversi.

Aku bukan pandai menulis pun. Tunggang langgang bahasa. Tapi aku tetap menulis. Tapi aku tetap mengasah. Aku tetap tercokoh depan laptop update blog. Hari-hari aku usaha untuk update. Tak boleh malas. Kalau aku malas, hilang sejarah hidup aku hari tu. hihihi. Aku harap, lama-lama akan bijak juga.

Suka menulis. Suka berkongsi. Suka bercerita. Suka baca. Suka merenung. Suka berjalan. Suka cari makan. Suka cakap. Suka koya. hihihi.

Ha!ha!ha! merapu aku hari ini. Sekalanya tak lagu ni. Bukan selalu. Jarang-jarang je. Mungkin aku gembira saat ini. Mungkin aku dalam mood happy. Mungkin aku momentum maksimum. Mungkin meniaga ATM181, semuanya mencanak naik. Aku tak tahu. Mana tahu aura tersebut telah sampai pada aku. Aku jarang ambil tahu pasal meniaga downline. Nanti orang cakap, masa orang penat-penat tak tolong. Bila closing je tanya. Maafkanlah aku. 

Hari ini hari closing. Ramai yang buat closing hari ini. Saat ini pun masih ada yang belum habis lagi closing. Malah ada yang sedang convince prospek. Ada yang sedang menuju rumah propsek. Ada juga yang menuju ke stokis @ branch untuk closing.

Itu pasal meniaga. Itu pasal bvsm. Itu pasal duit. Itu pasal pitih. Itu pasal kaya. Telah 13 tahun aku lalui jalan ini. Sampai aku berhenti kerja. Mem aku terlebih dahulu yang berhenti. Dua dua terjun dalam dunia MLM. 

Pasal aku hari ini. Tak ada yang menarik sangat. Tapi apa salahnya aku catat kat ruang ini. Nak baca, silakan. Tak nak baca. Aku tak boleh marah. Tapi aku tetap suka menulis. Aku tetap dengan hobi aku. Aku tetap membacanya bila siap nanti. Kadang-kadang 2,3 kali aku baca kembali. Sekadar ingat segala yang berlaku.

Jumaat. Lepas solat Subuh, sambung tidur. hihihi.Tak ada kerja. Sekolah cuti. Lagi pun semalam. Si Amar demam. Bawa ke klinik, jam 3.30 pagi. Balik rumah. Sambung tidur, tok berapa nak jenero. Itu yang lepas subuh, tersambung tidurnya.hihihi.

Bangun tidur. Dekat-dekat jam 9 am. Turun bawah. Nasi lemak dah ada bawah saji. Apa lagi bedallah. Kena sepinggang. Nasi lemak Klate lain sikit. Sambal bersama bilis. Bukan sambal lain, ikan bilis lain. Tok berapa nyakut.

Lepas sepinggang kena. Aku masuk opis. Opis aku dekat jah. Kedai Rejab. Sewanya kopi jantan 'o'. Kalau lebih pun roti kosong. hi!hi!hi! Pagi ini, sekadar baca The Star dan selak 2,3 puluh helai novel. Sekitar sejam lebih, aku balik rumah. 

Hari ini aku memilih untuk bersujud Jumaat di Masjid Sri Petaling. Sudah agak lama aku tidak ke sana. Setiap kali aku ke sana, mesti bergerak awal dari rumah. Biasanya 11.45 pagi aku dah keluar. Mesti sampai sebelum jam 12. Sebelum orang opis keluar opis.
Menikmati keenakan laksa kedah. Di sini lebih sedap dari laksa teluk kechai, Kedah. hihihi. Bagi aku la, bagi orang lain aku tak tahu.
 Seperti biasa. Sampai je, cari makan dulu. Isi perut dulu. Cuma pilih yang berat @ ringan. Tadi aku je yang mencari isi. Aiman masih penuh. Baru je isi nasi lemak sebelum keluar tadi. Laksa Kedah, jadi pilihan aku. Sudah lama tak kena. Dah lama mereka berhenti berniaga. Baru 2 bulan mereka buka balik. Jadi lega besar bagi aku. Aku penyuka laksa. Inilah laksa yang paling nyakut. Laksa paling sedap yang pernah aku temui. Gerainya terletak di muka lorong masuk Masjid Sri Petaling. Gerainya di siar kaki DBKL.

Usai isi makanan jasmani. Cari pula makanan rohani. Apa lagi kalau bukan cari buku. Sudah 3 kali Jumaat aku tak datang sini. In shaa Allah akan ada buku-buku baru. Mana tahu bisa tarik aku punya minat.
Antara Komik pilihan Aiman tadi.

Usai solat. Vrooom ke Shah Alam. Penuhi hajat. Dah beberapa hari asyik tak jadi je. Nak melawat Pesta Buku Selangor. Niat tu sekadar melawat dan snap beberapa foto. Bila sampai, lain pula jadinya. Buku mana boleh tengok saja. Buku mana boleh belek saja. Mahu tak mahu aku beli juga. Aiman pun borong juga, 4 buah Komik. Nasib baik, masih tersisa pitih semalam. Kalau tidak kempunan aku ke sini, kembali tanpa barang sebuah buku pun.





Dah beli buku. Awal lagi nak balik. Minum dulu sambil menelaah apa yang dibeli. Aku beli dua buah buku Asma Nadia.
Cuba origami.

Jam 4 pm. Aku balik. Sampai rumah. Dekat-dekat nak azan Asar. Lepas Solat. Aku sekali lagi masuk opis. Kali ini baca Novel Asma Nadia.

Jam 6.30 pm. Balik rumah. Update status fb. Ikuti blog. 


 



3 ulasan:

  1. Salam Boh..apa kata g try laksa kedah dekat Puchong Prima, tepi jalan je.. lepas OTK, Petronas . Cendol dia pun nyakut jugok.. lepas tu buleh cuci mulut dengan kuih Akok..peegghhh

    opppss.. jange lambat, slalunya dlm pukul 4.30, settle doh...pukul 3 comelah...

    BalasPadam
  2. Tok beso lagi tu. Tapi kalau kat masjid terapung tu beso doh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tok jauh doh dari c2 tu.. aloh ko dpe sikit jah tu.. try lah nyakut boh..

      Padam

Powered By Blogger