Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Salam 1Malaysia.
Dah 5 hari, aku tinggalkan ruang siber. Aku sekadar melayan imbas ruang siber melalui hp. Tapi tak puas. Macam tak pernah melayari ruang maya tanpa sempadan, kalau dengan hp. Lagi satu, sekejap ada. Sekejap tak ada. Hari ini. Saat ini. Aku kembali. Kembali setelah rehat. Kembali setelah bercuti. Kembali setelah berkampung di desa nan permai.
Keseronokan di Kob Berangan. Mandi sungai bersama anak-anak. |
5 hari tanpa menulis. 5 hari tanpa mencatat. 5 hari tanpa mencetak. 5 hari tanpa tumpah idea. Berkubu dalam kepala. Serabut. Banyak yang tersimpan. Banyak yang terkurung. Bila nak keluar? Aku pun tak tahu. Aku pun penulis tersohor. Idea aku untuk aku je. Kalau aku tulis. Aku boleh baca kembali. Itu je. Kalau tak tulis, hilang begitu saja.
Semalam. Aku anak beranak bergerak ke KL. Aku, Mem, Aiman, Amar, Amzar dan Cik Moh. Tempat aku ambil rezeki. Bertolak dari Pasir Putih, sekitar jam 10 pagi. Dah berniat. Nak singgah di Kuala Terengganu dulu. Nak tonton bola sepak. Alang-alang dah layan di KB, apa salahnya layan sekali lagi di KT. Happy mood. Dalam perjalanan, sembang pun pasal bola, tak habis-habis. Syoknya.
Perjalanan menuju ke KT. Lancar. Tak banyak kereta. Aku drive pun santai-santai. Tak laju. Tak slow. Biasa-biasa je kelajuan. Jalannya sudah bagus. Lebar pulak tu. Lubang & lopak dah tak ada. Bengkang bengkok dah bertukar lurus.
Sampai KT. Sekitar jam 12.30 tengah hari. Cari Stadium dulu. Cari tiket dulu. Bila dapat tiket baru cari hotel. Nak rehat. Nak kasi Amar, Amzar & Cik Moh rehat. Aku juga nak rehat. Kalau boleh tidur seketika. Nak drive malam ini, perlukan rehat secukupnya. Kalau tak...tidur tengah jalan.
Tak susah cari Stadium. Tecokoh di tengah bandar KT. Beli tiket. Tak perlu beratur. Tak ada orang ketika kami sampai di kaunter tiket. Beli tiket Grandstand lagi tu bro. RM20 satu tiket. Beli 3 tiket, kena RM60. Kiraan mudah. hihihi. Nak elak panas.
Cari hotel. Satu masalah juga. Hotel tak berapa banyak. Nak cari hotel bajet. Nak lepak sekejap. Lepas bola nak check out. Sekitar jam 8 malam dah nak blah ke KL. Tanya 3,4 hotel juga. Tak ada bilik kosong. Penuh. Gara-gara bola petang ini.
Kami bernasib baik. Ada kekosongan di KT Mutiara. Tempah 2 bilik. Satu untuk aku dan Aiman. Satu lagi Mem dan anak-anak serta Cik Moh. Pilih sini, parkir mudah. Tak jauh dari stadium. Nak cari makan pun mudah. Dekat dengan kedai buku. Tengah bandar lagi. Kena bayar penuh. Kalau nak separuh hari, mesti chech out jam 5 petang. Satu bilik kena RM80 dan satu bilik lagi RM100.
Sempat rakam foto dengan pelancong dari Australia. |
Jam 1.30 Check In hotel. Selepas tu, membedal dulu. Matt Caffe. Tak jauh dari hotel. Ayam goreng & laksa penang. Usai tu, naik ke bilik. Solat dulu. Lepas tu. Aku teruskan agenda. Apa lagi. Kalau tidak menidurkan diri. Simpan tenaga buat drive malam ini.
Memang lena. Memang berbaloi. Bila terjaga. Perut dah berbunyi. Jam dah 3.30 petang. Kena cepat sikit. Tak sempat tengok bola. Bukan aku je yang nak makan. Aiman dan Mem pun nak juga.
Makan pun cepat-cepat. Usai makan. Menapak cepat menuju Stadium. Sampai sekitar Stadium, dah kedengaran lagu Negaraku. Tanda dah nak sepak mula. Melangkah lagi cepat. Tiket tertera 4.45 petang. Silap tulis ke?
Masuk Stadium. Astaka dah hampir penuh. Kosong pun tempat-tempat kurang strategik. Tak penuh nampak. Ada halangan. Kosong pun kat bawah. Frust sampai lewat. Tapi syukur kami jadi sebahagian penyokong Kelantan yang memenuhi Stadium. Semangat membara-bara. Kemenangan di KB, membawa kami ke KT. Masih gembira. Masih syok. Harap menang bergaya lagi. Harap mengganas lagi.
Terkejut juga. Masuk Stadium. Penuh juga. Penyokong Terengganu. Mereka masih optimis. Masih berharap. Masih berdoa. Masih mengharapkan keajaiban berlaku.
Perlawanan ini, buat jantung aku berdenyut kencang. Penuh dramatik. Aku sudah keluar stadium ketika ketinggalan 4-0. |
Sepak mula. Gol Terengganu seawal minit ke 6. Kelantan agak goyang. Kelantan agak longgar. Kelantan macam dah kenyang. Kelantan asyik terlepas bola. Hantaran kena pintas. Tak boleh pegang bola lebih lama. Asyik terima terkaman pemain Terengganu. Kelantan terikut-ikut permainan pantas Terengganu.
Kena 2-0. Tamat separuh masa pertama. Bersambung separuh masa ke-2. Kena lagi 2 biji. Jadi 4-0. Bila dah 4-0. Kami pun dah ke;uar. Tak jauh dari Stadium. Keajaiban terjadi. Kelantan score 1. Jadi Agregat 5-5. Tambah masa. Tengok kat restoran. Akhirnya menang. Happy mood.
Jam 9 malam. Kami bertolak ke KL. Kami pilih jalan pantai. Lebih meriah. Boleh lihat rumah dan bangunan.
Letih tengok bola. Itu pun tahan dari bersorak gile. Drive tak boleh laju. Fokus dah kurang. Berhenti mengisi tembolok di Kemaman. Sebenarnya aku dah mengantuk. Isi sikit. Elak mengantuk. Aku je yang turun. Lain-lain sedang layan mimpi masing-masing. Nak suruh Mem bawa, Mem pun tidur sakan.
Aku berhenti lagi, sebelum masuk tol Jabor. Tidur kat situ. Dah mengantuk sangat. Sedar-sedar dah jam 1.30. Lihat kiri kanan, kereta dah banyak. Terkejut juga. Masa sampai tadi masih kosong kiri kanan. Nasib baik semuanya manusia seperti aku. Takut juga. Kot-kot makhluk lain.
Dah sejam kot aku tidur kat situ. Sambung sekali lagi. Tak sampai sejam. Mengantuk balik. Macam ada gam je kat mata aku. Cari tempat boleh tidur lagi. Aku drive sehingga R & R Gambang. Kat sini, lebih lama aku lena. Sekitar jam 3.30 pagi baru tersedar. Drive lagi. Sambung lagi perjalanan.
Ketika perjalanan dah sampai Bukit Tinggi. Mem bawa kereta pula. Aku dah tak mampu. Mata asyik terpejam je. Mem bawa sampai rumah. Jam 6 pagi sampai. Syukur. Selamat perjalanan kami.
Lepas solat subuh. Mandi. Tidur. wow!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan