Jom Follow

Selasa, 14 Mei 2013

Dapat RM 20K - 4 Bulan.

Assalamualaikum.

Bertemu lagi hari ini. Hari selasa. Malam ini kelas. Jangan lupa. Rugi kalau tak datang kelas. Kelas untuk cas semangat. Kelas untuk bakar semangat. Kelas untuk asah. Kelas untuk gilap. 

"Aa slm kak.jadi ko ari ni? Kak mari kul 1 deh. sy oyat doh ko ckgu2 ni hak free.nnt sy tunjuk kita g library."
 
Hari ini ada appt. Jam 1 tengah hari. Selalunya sekitar jam 11 am dah ada appt. Hari ini lewat sikit. Kena sesuaikan dengan masa free rakan niaga. Dah begitu, sempatlah layan Si Amar. Sempat bawa gi breakfast lagi. Selalunya tak sempat. Si Amar ni, bangun agak lewat.
Amar di padang.
 Pagi tadi, aku agak letih. Mem ambil alih tugas hantar Baby ke sekolah. Aku nak sambung tidur seketika. Semalam tak berapa jenera. Macam tak tidur je. Asyik dahaga air je. Minum dan kencing. Makan malam lewat. Jam 11 pm. Kena nasi lemak & mee sup di nasi lemak warisan sambal opah. Sampai rumah dah jam 2.30 am. Sembang bisnis. Syok semacam. Dah lama tak kumpul sambil sembang bisnis. Suasana bisnis hari ini sudah berubah. Dah kena buat penyesuaian, kalau mahu terus melonjak.

Aku nak share juga kat sini pagi ini. Selepas 4 bulan buat come-back. Berapa lama rehat? Aku dah tak ingat. Tapi lama la. hihihi. Dapat menabung sebanyak RM20K. Banyak tu. Kalau tak buat income tepi. Memang tak capai dalam masa 4 bulan. Silap-silap 3,4 tahun belum boleh kumpul sebanyak itu. bvsm seolah-olah suara ghaib yang memanggil-manggilnya untuk come-back. Upline selalu ajak setiap kali produk baru ada, tapi tak terpikat untuk come-back . bvsm terus terpikat. Bukan setakat biasa-biasa come-back, tapi luar biasa come-back.

Luar biasa punya come-back, pasarannya sekitar Putrajaya je. Belum menyeluruh lagi. Masih terikat dengan tugas hakiki. Guna Fb je. Mudahkan. Tak perlu bergerak jauh-jauh,

Paling penting. Renew setiap tahun keahlian tu. Mana tahu, suatu hari nanti nak buat come-back. Sekarang tak nak buat lagi. Esok belum tentu tak nak buat juga. Mana tahu, terpikir nak buat suatu hari nanti. Pangkat dah ada. Lagi cepat bisnis jadi.

Wow! bvsm kembali bertenaga, mampu jadi penyelamat bumi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger