Jom Follow

Rabu, 8 Mei 2013

Dah Tamat Misi Shanghai.

Bertemu lagi. Senang hati. Muka ceria. Senyum sakan. Hati berbunga-bunga. Aku layak ke Shanghai. hihihihi. Tahniah buat yang layak. Pengorbanan yang berbaloi. Income dapat. Melancong pun dapat. Pangkat menokok lagi. Tak layak. Usah kecewa. Peluang masih ada. Masih berjujuk-jujuk pakej menanti. Asalkan jangan undur diri. Asalkan jangan turun keretapi yang meluncur laju.

Cdm Kartini.
Semalam berakhirnya perjuangan menakluki bumi Shanghai. Semalam hari top up. Ada yang tak tahu ni. Ada yang buat-buat tak tahu. Jarang top up. Kerja dah bagus. Top up dah tak perlu sangat. Cuma untuk kes-kes tertentu je. Sikit-sikit tak cukup point. Sikit-sikit tak cukup car fund. Sikit-sikit tak cukup tabung wawasan je.

Share dengan semangat. Prospek mudah ditawan.
Semalam kelas. Hujan lebat. Mereka yang sabar je yang sampai. Mereka yang jelas mana nak tuju je yang sanggup datang. Mereka datang. Tambah tenaga. Kasi cas. Tambah ghairah. Tambah geram. Tambah RM! Lepas kelas. Momentum mencanak naik. Dah ada yang closing pagi tadi. Bertempur dengan tools yang cukup ditambah dengan momentum maksimum, amat mudah untuk closing. Dah la closing, masa yang diperlukan juga relatifnya singkat.

Cdm Jai & Cdm Yati
Lepas kelas, semangat dah cas. Vrooom biz.



Wow! Cas bateri lagi.

 Antara Cdm yang aku jumpa semalam. Cdm Jai & Cdm Haryati. Secara jujurnya. Aku teruja lihat mereka bekerja. Aku teruja lihat mereka bina biz ini. Aku teruja lihat mereka terjun sepenuh masa. Aku teruja lihat mereka sentiasa kreatif dalam usaha meluaskan lagi network yang ada. Aku teruja lihat mereka, mereka leader tetap kelas. Apa pun halangan, mereka tetap hadir. Tahniah!


Sambutan hangat sejak akhir-akhir ini.
Semalam juga. Aku sikit terkejut. Cdm Azlin ambil stok Sabun Marine Essence. Sampai 9 kotak. Semua dah ada pemiliknya. Sejak dua menjak ini, Sabun Marine Essence jadi popular. Ramai yang baru celik mata pada kelebihannya. Bila ada pula pagesnya lagi meletup. Stok pun habis. Permintaan bertubi-tubi. Stok syarikat masih seperti dulu. Itu yang tak cukup tu.

bvsm mesti dimiliki oleh setiap rakyat malaysia.
bvsm. Stok makin banyak. In shaa Allah meniaga juga bertukar gear. Gear paling laju. Gear paling pantas. Gear ribut. Gear tsunami. Hari-hari ada closing. Hari-hari ada pakej. Hari-hari ada dokumen siap. Hari-hari ada transfer duit. Rancak. Kencang. Mantop.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger