Jom Follow

Khamis, 2 Mei 2013

2X Masuk Opis.

Selamat pagi. Menanti pancaran mentari 2 Mei 2013. Mentari panaskan bumi Malaysia. Mentari naikkan suhu bumi Malaysia. Mentari bakarkan semangat biz warga ATM181. Mentari nyalakan bara, agar menjadi bernyala-nyala.

bvsm. Ceritanya tak akan habis. Cerita panasnya bagaikan baru bermula. Barang dah tiba. Barang dah timbul. Barang dah mari. Barang dah banyak. Barang dah bertimbung. Apa-apa pun masih belum cukup. Masih ramai yang belum dapat. Masih ramai yang dok nanti-nanti. Sampai ada yang bermimpi tidur berselimutkan bvsm, padahal belum dapat.

bvsm. Semakin menarik. Nak-nak closing April 13. Closing kempen. Closing trip. Closing melancong.Closing Shanghai. Lagi banyak bvsm terjual. Bila nak dapat tu?

bvsm dah sampai.
Tinggalkan seketika pasal bvsm. Sori, semalam tak menulis. Sibuk buat benda lain. Sibuk dengan teman baru. Sibuk berjuma dengan kawan baru. Sayang nak tinggalkan mereka. Bila bersama mereka, tak ada masa nak menulis. Semalam sekali lagi aku ke pameran buku. bawa aiman dan baby. dah g, tambah kawan. Kawan yang dah ada belum habis sembang lagi. tambah yang baru lagi. 

pagi-pagi masuk opis. jam 11 ke pwtc. jam 5 sampai rumah. jam 5.30 masuk opis. jam 9.30 masuk opis lagi. hihihi.

jam 12.15 sampai pwtc. masa aku sampai pwtc. wow! ramai giler. dari stesen lrt pwtc dah penuh. nak keluar stesen pun merayap. penuh dengan manusia. laluan jejantas pun penuh. melangkah pun slow-slow. nak keluar jejantas pun makan masa. tangga kecil je, tak bersedia untuk orang ramai.

Forum buku.
 Masuk pwtc. lagi padat. padat sepadatnya. masuk booth ana muslim. paling hampir dengan pintu masuk. aku tinggalkan aiman dan baby kat situ. biarkan mereka pilih. lama-lama pun tak apa. duit dah bagi tiap orang. jadi tak ada masalah, nak bayar nanti. Aku nak ke tingkat atas pula. Jumaat itu hari, tak menyempat nak naik. Naik atas, nampak booth ITBM. Apa lagi, singgah situ. ITBM semakin galak terbit buku. Aku terpukau dengan buku-buku terbitannya. dah banyak aku miliki. dah banyak tapi belum banyak. sentiasa ada buku baru. belum habis, dah ada. semalam ada forum. isu buku. aku sampai dah mula. tak tahu hujung pangkal. dengar-dengar gitu je. 

mulanya nak tengok. mana boleh tengok saja. beli 1, tambah 1, tambah lagi 1. cepat-cepat keluar. takut lagi tambah. takut terpujuk lagi. takut alah dengan renungan buku-buku di rak. untuk elak kecewa tak cukup bajet. aku keluar dan turun bawah. bergelewak di depan pentas. cari-cari kerusi kosong. susah dapat. penuh. pentas utama pun ada acara. promosi buku. ramai orang, bukan kisah pun dengan acara yang sedang berlangsung. ramai nak duduk. lenguh berdiri. tunggu orang pilih buku. akhirnya aku dapat duduk. wow! lamala gamoknya dok sini.

tutup!

lama juga dok melepak situ. jam 2 balik. dah tak padat sangat. solat Zuhur dulu. usai solat, menapak ke stesen lrt. sampai je stesen. pintu tutup. tak kasih masuk lagi. kasi masuk pun tak boleh masuk. padat lagi sendat. mesin tiket hanya 6. kaunter entah berapa yang buka. tak boleh menampung orang ramai. 15 minit juga berdiri kat luar. aku tengok kat belakang. hampir 100 meter orang beratur. tapi peliknya orang guna pintu lain boleh masuk. tak ada sekatan. kami yang nak masuk ikut pintu jejantas yang tak boleh.

bila buka. serbu. beli tiket. ini satu cabaran juga. semuan mesin tiket penuh. panjang pulak tu. lagi sendat bila lrt tiba. ramai yang keluar. 15 minit beratur nak beli tiket. 

aku nak beli tiket 2 hala. tak ada pula. token la bukan tiket. kalau boleh beli 2 hala, aku rasa tak la jadi macam ni. tak apalah. aku pun bukan selalu naik lrt. semalam tu saja nak jalan-jalan je.
Mee tarik.
sampai bukit jalil. ambil kereta. pi pula sungai besi. teringin nak menbedal mee tarik. aiman dan baby pun suka dan setuju. nasib baik tak berapa ramai. usai situ. balik rumah. 

sampai rumah. solat asar. masuk opis.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger