Jom Follow

Isnin, 20 Mei 2013

Appt Kuala Selangor: Singgah Cendol Bakar, Best!

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Salam 1Malaysia.

Isnin penuh penantian. Boleh selesai banyak hal. Tertangguh dek cuti hujung minggu. Urusan dokumen dan follow up dana. Harap-harap berita yang menggembirakan. Tak ada khabar duka lagi. bvsm boleh menukarkan khabar duka kepada khabar suka semuanya. Jarang ada yang tak jadi sejak bvsm berlegar-legar dipasaran. Kalau ada pun sekadar ugut tak jadi kerana bvsm lambat tiba. Kini masalah tersebut sudah tamat. Bisnis semakin laju. Ramai yang tersenyum.

Semalam, Ahad. Kami ada satu demo. hihihi. Bukan KL tapi Kuala Selangor. Rakan niaga punya prospek. Macamana rakan niaga dapat. Aku tak tahu. Apa yang aku tahu, ada appt di Tesco Kuala Selangor.

Kami dari rumah, selepas solat Zuhur. Janji nak jumpa di Damansara Damai jam 2.30 pm. Bergerak awal. Mana la tahu. Jalan sesak. LDP tak tentu sesaknya. Ada kereta rosak. Hanchus! Semalam lancar je. Lagi pun aku drive WRY181. Laju beb.

Ingatkan kami ambil rakan niaga. Pergi sekali dengan satu kereta je. Banyak untungnya. Boleh cerita pasal meniaga. Pasal asam garam berniaga. Pahit maung berniaga. Motivasi berniaga. Gerak kerja seterusnya. Bila lagi nak sembang panjang. Sebelum ini, jumpa pun sekejap sahaja. 

Rupa-rupanya rakan niaga bersama adiknya ada rancangan lain. Lepas jumpa prospek, mereka nak ke lain. Nak ke rumah Pak Cik di Tanjung Karang. Jadi bergerak ke Kuala Selangor dengan kereta masing-masing.

Aku juga terpikir-pikir. Mana jalan nak ikut. Tak biasa ke Kuala Selangor dari Damansara Damai. Aku ikut PLUS, masuk Guthrie dan Latar. Turun di Persimpangan Ijok. Boleh laju. Highwaykan. Tol Highway Latar boleh tahan juga. Nak lalu kena bayar. Tak lalu, jalan biasa. Sesak. Keluar di Ijok, terus menghala ke Kuala Selangor. 

Sampai di Bukit Rotan. Terkejut aku. Banyak kereta parkir tepi jalan. Ada apa? Ada kematian ke? Sampai dekat. Rupa-rupa orang berhenti, menikmati cendol. Siap RELA kawal trafik. Terus aku teringat. Cdm Hasmidar post kat Wallnya pasal Cendol Bakar. Dah sah inilah tempatnya. Mem dah ajak berhenti. Rakan niaga pun belum belum sampai lagi. Tapi aku pilih untuk berhenti masa balik nanti. Rakan niaga ikut jalan lama. Mungkin lambat. Lagi pun perempuan yang drive.

Sampai awal. Lebih baik menanti prospek dari perospek menanti kita. Komitmen terhadap bisnis.  Tesco Kuala Selangor. Boleh tahan besarnya. Aku tak masuk pun. Sekadar melepak di Food Court je. Nasib baik bawa buku. Bolehlah menelaah. Lama pun tak apa. Tak boring. Cuma sekali-sekala mengantuk menyerang. Mem dengan rakan kongsi dah jumpa prospek. Aku tak campur. Aku tahu, selesai je, Mem panggil, ajak balik. Semalam sekitar 2 jam juga.

Dalam kereta. Aku tanya Mem.

"Bagaimana prospek?"
"Ok, nak buat."

Sempat aku solat Asar sebelum balik. Rakan niaga bertolak ke Tanjung Karang. Aku bergerak ke Puchong Jaya. Tapi dah nekad. Nak berhenti tempat orang ramai-ramai tadi. Teringin nak cuba cendol bakar. Apa istimewanya sampai begitu ramai yang menyinggah.

Terpampang bunting. Dari jauh pun dah nampak.
Sampai je. Parkir tepi jalan. Malas nak masuk dalam. Nanti susah nak keluar. Masuk. Cari meja kosong. Masih banyak. Walaupun pelanggang agak ramai. Selain dari cendol, terdapat gerai-gerai yang jual pelbagai makanan. Tak semestinya cendol. Tapi aku tengok. Cendol tak tinggal. Ada pelbagai jenis cendol. Aku membedal yang mudah dan cepat. 

Wow! Memang sedap. Lain dari yang lain. Tak manis sangat. Secukup rasa. Tak cukup satu, tambah lagi satu. Sepatutnya kami refill je. Terlupa. excited sangat. Layan diri. Beratur.

Sambil makan. Sempat sembang dengan pelanggang lain. Ada dari KL. Ada dari Ampang. Ada yang lalu dan singgah. Ada yang memang nak cari cendol bakar. Jangan silap. Bakar tu nama ayahnya. Tak ada kaitan apa-apa dengan ramuan cendol. Itu yang aku dengar, cakap-cakap orang semalam. Kalau tak betul, maafkanlah ambo.

Gerai ini, sekitar 1 tahun je. Dulu-dulu aku dok lalu tak ada pun. Aku pernah berhenti kat sini. Beli tabung buluh. Tak nampak pun gerai cendol masa tu. Kini Cendol bakar dah jadi satu fenomena. Pemiliknya pandai promosi. Bijak promosi, kena pula dengan kualitinya. Memang boleh tarik massa. Pemiliknya masih muda. Tahniah. Aku doakan agar pemiliknya boleh pertahankan kesedapan dan daya tarikan pelanggang ke sana. Kena sentiasa upgred servis terutamannya drive thrunya. 
Foto ini yang terpampang di wall Cdm Hasmidar minggu lepas. Bila tengok ini, dah teransang. Kena cuba, dalam waktu terdekat. Tak sangka pula semalam kami bergerak ke arah sana. Boleh cuba.


Ruang Parkir. Hampir penuh. Bukan orang dekat-dekat.

Untuk memudahkan lalulintas. Anggota RELA  jaga trafik.

Q untuk drive thru.

Beratur! Layan diri.

Tunggu q.

Dah habis cendol. Boleh jelajah ke gerai-gerai yang lain pula. Cendol mana kenyang. Kena isi yang lain lagi.

Q pun tak lama. Cendol cepat je siap. Benda dah ada.

Sabar ye! Jap lagi cendol tu akan sampai.

Dah sampai situ. Dah banyak pilihan lain. Tak cuba, tak sah. Laksa penang dan Kelantan Freid Chicken. Itu menu tambahan yang aku bedal. Dah kenyang, senang hati. Boleh belah. Menuju ke Puchong Jaya. Dah rasa cendol bakar....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger