Jom Follow

Jumaat, 24 Mei 2013

Perjalanan Balik.

Salam.
Bertemu dihari cuti. Kelantan dah memang cuti.
Menulis mana boleh cuti. Idea mana boleh tahan.
Selagi masih hidup, selagi itu ada kisah yang boleh dirakam.
Kisah suka, duka.
Rajin menulis. Rajin catat.

Hari ini.
Berkampung di Bechah Kelubi.
Semalam sampai. Jam 3 pagi.

Balik ikut Highway Guthrie. PLUS Highway sampai Kuala Kangsar. Grik. Jeli. Tanah Merah.
Bergerak jam 7 pm. Lewat 30 minit dari jadual asal.
Masuk Guthrie. Dah kecut. Berjujuk-jujuk kereta. Jem sehingga Tol pertama. Tol ke-2, semakin kurang.
Highway PLUS, bilangan kenderaan agak banyak. Tapi perjalanan lancar. Tak laju sangat. Kelajuan sekitar 110-120 km/jam.
Isi petrol di Hentian Tanjung Malim.
Aku, Mem, Kak B, Amar & maid. Amzar & Cik Moh, balik awal.

Exit Plaza Tol Kuala Kangsar, jam 9.40 pm.
Makan dulu di Kati. Hanya ada goreng-goreng. Dah berhenti. Bedal sajalah. Kak B, dah lapar.
Lembab jong masaknya. Nasi putih & sup ayam & telur dadar pilihan Kak B. Aku mee goreng. Mem beehun goreng. Maid nasi goreng.

Depan sikit pada gerai yang kami berhenti. Banyak lagi gerai-gerai tepi jalan. Lagi meriah. Rugi pula rasanya berhenti tadi.

Lepas makan. Teruskan perjalanan. Rehat & solat setelah sampai di stesen petronas kemahang. Bau busuk dari timbunan sampah amat keras. Mencucuk-cucuk hidung. Selalu begini, boleh hakis kehadiran pelanggang. Hujan mula turun. Sekadar membasahi bumi. Tak melarat.

Atas bukit grik- jeli. Hujung2 hujan. Tak lebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger