Jom Follow

Ahad, 19 Mei 2013

Cer Ahad.

Apa cer pagi minggu. bangun awal. sambung tidur. bangun. serbu kedai mamak. membedal roti canai, segelas teh tarik. baca paper. beli atau kedai punya. ada kawan sembang-sembang. agak lama balik rumah. tonton tv. Mem siap masak membedal lagi. rehat sambil tonton tv. adakalanya tertidur. bangun solat Zuhur. kalau rajin. ajak anak-anak jalan. shopping mall atau ziarah kawan atau ke mana-mana yang mendamaikan. air terjun ke, sungai ke. 

itu satu golongan. ada lagi satu. bangun pagi-pagi. solat subuh. terus keluar. cari sarapan. usai sarapan teruskan agenda hari ahad. tuntut ilmu. jumpa prospek. besarkan bisnis. makan pun tak tentu. kadang-kadang terlupa nak makan tengah hari. sibuk. ada dekat. ada jauh. melepasi sempadan negeri. buka network. kembangkan bisnis. tambah income. dengan income dapat tambah aset. beli rumah. beli kedai. beli emas dan macam-macam lagi. 

kita boleh pilih. nak maju atau takat lama. nak maju, mesti bisnis. tak boleh sekadar makan gaji. gaji naik tak banyak. inflasi cepat je naik. GST dah dilaksanakan. barangan bertambah mahal. gaji tak dengar pun akan naik dalam waktu terdekat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable