Balik kg, mengundi & hantar Aiman. Lepas mengundi balik. Baby ikut sama.
Balik hari sabtu. Bertolak jam 6.45 pm. Ikut NKVE dan Plus menuju Kuala Kangsar- Grik - Jeli - Tanah Merah.
Singgah R&R Rawang. Tidur seketika. Mengantuk. Membedal. Solat jamak & qasar. Jam 9 pm, teruskan perjalanan menuju desa tercinta untuk membuang undi keesokan harinya.
Dah tak tahan sangat. Berpuluh kali menguap. Siang harinya aku tak tidur sikit pun. Sebelum bertolak aku, Mem dan Aiman merayap di pesta buku kl. ingatkan dah tak ramai. ingatkan dah tak sesak. ramai yang dah bertali arus menuju kg masing-masing. sangkaan aku meleset. Sebelum IJN dah sangkut. Tambah dengan hujan lebat. Parking penuh. Tepi-tepi jalan penuh. Masuk valet parking hotel Seri Pasific. Dah tak ada kosong. Keluar dari situ. Parkir pula di hotel sunway putra. parkir level 6.
Menapak menuju pwtc. ramainya manusia. Tak putus-putus bergerak. Ada yang baru sampai. Ada yang dah nak balik. Ada yang duduk melepak di jejantas.
Masuk pwtc. tuju booth ana muslim. mem nak beli baju buat Baby. Booth sebelah ana muslim yang jual novel popular. tinggal sikit lagi. tak sampai pun 50 buah. laku sangat. ramai peminat novel. untung besar. bukan tu je, ada beberapa lgi booth yang jual novel dah cuci tangan. Aku & Aiman belah. Tercari-cari Che Su di booth PSN. Tak ada. Dah balik kot. Ngundi mana boleh tinggal.
Tak ada. Cepat belah. Naik ke pula level atas. singgah di booth itbm. terkejut aku. 50% potongan untuk setiap buku. dari tak nak beli, dah jadi lain bila dengar diskaun 50%. Terasa rugi, aku dah beli itu hari tanpa ada potongan. tak apa, dah tak ada rezeki.
Usai situ, cuba naik level atas lagi. Level atas dah tutup kedai. Dok bersiap nak balik. huhuhuhu. Aku turun bawah. lepak & santai. Tersinggah pula di dubooks. bukunya menarik. singgah. tak singgah kosong. sapu 3 buah.
Sebenarnya, aku ke pesta buku dah kali ke-3. hari ini hari terakhir. 50% potongan cukup mengujakan aku. beli la juga 3 buah buku. buku pun dah tak banyak. Sempat angkat foto dengan khalid salleh. Itu hari tak sempat.
Dah dapat buku. Santai & makan-makan. sembang-sembang. Sambil makan terfikir aku. Jam berapa mahu bergerak dan ikut laluan mana. baca status kat wall. highway gombak-karak masih jem. dah tahu gitu. kena bertolak awal. bersedia hadapi segala kemungkinan. lewat bergerak, tetap jem. dah tak boleh elak lagi. orang kelantan berpesta balik mengundi.
Sampai puchong. terus siap. bergerak menuju kg. baca wassup. dah ramai sampai. dah bergelewat di pos-pos. bikin aku teruja je.
Sampai Kuala Kangsar hampir jam 12 tengah malam. Teruskan perjalanan menuju Grik. Trafik dah tak sibuk. Sekali sekala je ada kereta. Pos-pos masih meriah. Masih hidup. Masih ramai berkumpul. Ada juga konvoi-konvoi. Berselang seli. Kejap BN. Kejap PR. Meriah. Lagi teruja nak mengundi.
Sebelum sampai di Kuala Kangsar. Aku isi petrol di R&R Sungai Perak. Beli apa-apa yang patut. Ingatkan nak tidur seketika kat situ. Tak jadi pulak. Masih awal lagi. Mengantuk hilang bila aku basuh muka. Dah stanby 2 red bull. kacang & mineral. Kat sini, baru nampak kereta yang bawa bendera pas & keadilan. Sebelum tu, tak ada pun.
Sepanjang perjalanan menuju Grik. Aku dahaga sakan. Gula naik kot. Pekena red bull. Asyik minum je. Sampai grik. Rehat seketika di R&R sebelum masuk hutan. Tak lama sekadar kencing je. Mengantuk dah melanda. Boleh tahan lagi. Tapi dah tak lama. Masuk dulu, kalau mengantuk tidur kat dalam. Aku ingatkan ada stesen petronas kat dalam. dah terbayang-bayang. Aku tidur kat situ.
Sampai Tasik Banding. Stesen petronas dah tak ada. dah tutup. tak tahu mana mahu berhenti. tak boleh berhenti sebarangan. takut. hutan tebal, macam-macam boleh berlaku. terus drive je. Singgah juga kat puncak titiwangsa. nak lelap mata kat sini. ada beberapa buah kereta dan lori. gelap sangat. aku cuba lelap kat situ. gagal. terus drive je walaupun mengantuk. In shaa Allah, sampai. itu tekad aku.
Dalam mengantuk lepas juga hutan. Sampai Batu Melintang. Aku tidur di stesen minyak caltex sekejap. Dah ok sambung lagi. Sampai rumah jam 4 pagi. Apa lagi tidur yang panjang.hihii
Tiada ulasan:
Catat Ulasan