Jom Follow

Khamis, 16 Mei 2013

Pok Pek Sebelum Tidur.

Asalamualaikum.
Salam 1Malaysia.

Malam Jumaat. Pantasnya masa bergerak. Kalau main-main, sentiasa ketinggalanlah kita. Kalau sambil lewa usaha, ketinggalah kita. Kalau sekejap buat, sekejap tak buat, sentiasa ketinggalanlah kita.

Produk dah terbaik. Produk permintaan tinggi. Marketing Plan dah terbaik. Cuma kita belum usaha yang terbaik. Tak pelik, kalau kita masih belum capai tahap tertinggi. Tak pelik, kalau kita belum sepenuhnya dapat bonus.

Hari ini Kak Ipar datang KL. Singgah rumah dulu sebelum ke rumah anaknya. Lihat cucu sulung. Dok cite, anak buahnya baru dapat bonus RM 6K. Buat Hai-O. Anak buahnya tentera dan isterinya cikgu.

Mem keluar sekitar jam 9.30 am. Ada urusan di Puchong Jaya. Sempat convince prospek, di Papa Rich. Terus teruja. Terus nak buat. Masa itu juga urus segala dokumen. Memang nak buat. Takut pun ada. Tak lepas dana. Sebelum Maghrib SMS alamat rumahnya. Tadi tak ingat, menumpang rumah kakak.

"Tak boleh bagi tahu kakak, kalau tahu, sah-sah kaka tak bagi." Ujar prospek.

Sarapan tadi. Ada sahabat duduk kat meja aku dok makan. Penuh meja lain. Aku suka je. Ada juga teman borak. Walaupun dia kerja, sekejap pun dah cukup. Kenal-kenal. Kawan tadi nak cepat. Nak fly ke KT. Ada urusan di UMT. Jual alatan makmal. Dah berjaya pun, aku agakla. Projek slow sikit sekarang. Harap-harap lepas ni semakinlaju. Terkejut aku, dia baca Utusan Malaysia.

Mem malam ini serang Jusco IOI. Hari J Card. Jualan amat murah. Aku malas nak serabut. Rimas bila ramai. Tak beli pun tak apa. hihihi. Kalau buku, aku sanggup. Tapi benda-benda lain. Biarlah aku mengalah.

Wawasan dah lepas. Car fund dah lepas. Kerja tanpa tekanan. Jumaat, Sabtu dan Ahad dah penuh jadual. Berjujuk-jujuk. Syukur. Semakin ramai network baru. Sejak timbulnya produk bvsm. Seolah-olah masin mulut. Convince je, melekat. Convince je, sangkut. Senang. Syukur.

Terkejut juga aku. Ada leader yang Sabah ambil 40 bvsm sekali gus. Berani. Gerenti habis. Positif dan yakin. Tak berani, usah terjun dalam bisnis. Dok ngajar sampai pencen.

Semalam pun Cdm Kartini demo dengan air. Letak air atas bvsm selama 10 saat. Kasi minum. Kesan juga sama seperti demo-demo lain. Boleh cuba.

Sebelum aku akhiri pok pek ni. Syarikat Muda Osman telah buka cawangan di KL. Giant Putra Heights. Hari ini buka. Banyak sikit pilihan nak memburu buku. MPH ada, Popular ada, Kinokuniya ada, SMO ada. Pitis je kena banyak. Kalau tidak telan air liur je la. Semakin bertimbun buku-buku. Macam-macam bidang ada. Macam-macam topik ada. Pilih bidang masa yang mahu di dalami. Pilih penulis mana yang disukai.
 





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger