Assalamualaikum.
Salam 1Malaysia.
Salam Selasa.
Sambut
pagi dengan doa. Sambut pagi dengan ceria. Sambut pagi penuh
pengharapan. Sambut pagi dengan cas-cas positif. Sambut pagi dengan
momentum maksimum. Sambut pagi dengan segar bugar. BVSM banyak membantu kita
kembali bertenaga setiap pagi. Bangun dengan ceria. Hilang segala
lenguh-lenguh. Bangun terus ke bilik air. Tak payah lagi dok terbungkam atas katil.
Aku
datang lagi. Aku timbul lagi. Pagi-pagi dah keluar. Itulah aku. Tak
tentu masa keluar. Kadang-kadang awal pagi. Kadang-kadang tengah hari.
Kadang-kadang petang. Kadang-kadang malam. Kadang-kadang sebelum tidur.
Kadang-kadang tak keluar langsung. hihihi.
Apa
aku kisah. Aku punya blog. Aku punya idea. Aku punya diari. Orang baca.
Alhamdulilah. Orang tak baca. Alhamdulilah. Asalkan aku tak give up
menulis. Asalkan aku berterusan mencatat sejarah hidup aku sebagai
manusia yang terjun dalam lautan MLM. Lautan yang tak nampak pun tepi. Sebenarnya aku semakin seronok
menulis. Aku semakin suka menulis. Itu sebabnya setiap hari aku seboleh mungkin menulis. Apa-apa saja yang aku boleh tulis. Aku tahu, aku bukan penulis yang bagus. Tapi aku tetap menulis.
Aku tahu, aku bukan penulis popular. Tapi aku tetap menulis.
Semalam
sempat jelajah blog. Nama blognya aku tak berapa ingat. Aku terterjah blog ini, semasa
aku cari-cari pasal cendol bakar. Aku teruja dengan salah satu entrinya.
Bagaimana nak menulis blog yang bagus. Ada 10 langkah.
1) tulis
2) tulis lagi
3) tulis lagi
4) tulis lagi
5) tulis lagi
6) tulis lagi
7) tulis lagi
8) tulis lagi
9) tulis lagi
10) tulis lagi.
Tulis
jangan berhenti. Itulah formulanya. Dah tulis tu, semak dulu sebelum
post. Baiki salah silap dulu. Baru tak menyusahkan orang baca.
Semalam
punya kisah. Semalam punya agenda. Semalam pun gerak kerja. Macam
biasa. Sambut pagi dengan hantar anak ke sekolah. Rutin biasa. Dah tak
boleh elak. Cuma semalam aku keluar agak lewat. Hampir 7.30 am baru
keluar. Biasala kalau dah lewat tubik. Jalan sesak. Kereta banyak. Nak
keluar simpang, Taman Bukit Kinrara pun dah panjang q. Lagila jalan
Bypas Sungai Besi-Puchong. Nasib la.
Tak berhenti promosi. Ada produk baru lagi gile promosinya. Kuasa promosi. Mega promosi. Mega untung. |
Sampai
sekolah baby hampir jam 8 am. Balik rumah. Jam 8.20 am. Tak sesak pula.
Aku sebenarnya pelik sejak dua menjak. Keluar Tol Puchong Barat menuju
ke IOI. Jem pun bila sampai ke Setia Walk. Dulu jem teruk. Di Kompleks
Rakan Muda dah jem. Kini dah kurang sikit. Apa sebab. Aku tarak tahu.
Agenda
pagi. Senang je. Sarapan. Nasi @ makan berat. Semalam Mem sediakan nasi
goreng kerabu. Lepas tu aku ke Kedai Rejab. Pekena dulu kopi jantan
dan menelaah paper The Star. Sebenarnya aku dah lama tak beli the star.
Sejak penamaan calon PRU13. Semalam dah reda, amukan politik. Dah boleh
beli semula. Dah boleh ikuti berita-berita ekonomi dan sukan. The Star
lebih detail dan lebih meluas. Boleh ikuti semula harga saham FGV dan
Hai-O. Tapi semalam tak ada. Tak ingat Ahad kan cuti.
Dah
habis belek-belek paper. Cepat je. Tak banyak sangat yang aku baca
dengan teliti. Aku menapak ke rumah. Mengikuti Fb dulu. Like mana yang
patut LIKE. Komen mana yang patut komen.
Jam
11.45 am. Keluar. Menuju KLCC. Mem ada lunch & bisnis dengan
kawannya. Aku follow juga. Sampai KLCC kami berpecah. Mem ke Restoran Chakri Palace. Aku ke
Kedai Buku Kinokuniya. Mem selesaikan urusan dengan kawannya. Aku seronok
dikelilingi oleh buku-buku. Dapat sebuah. Bayar. Keluar. Cari tempat
sesuai. Boleh duduk dan berbicara dengan teman baru aku. Turun sehingga
level 1. Adalah kerusi kosong. Syukur. Dapat sembang dengan selesa.
Tanpa gangguan.
Aku
tahu. Bisnis kena pandai ejas diri. Kadang-kadang demo di gerai tepi
jalan pun boleh. Kadang-kadang kena pilih tempat lebih eklusif. Ikut
kesesuaian prospek. Kita tak boleh sama semua. Ada yang tak selesa pula.
Jangan main hentam je.
Sekitar
jam 2 pm. Mem habis. Ajak balik. Tapi solat Zuhur dulu. Lepas solat.
Perut aku pula minta diisi. Tadi, masa menunggu malas nak makan. Masa tu
waktu orang rehat. Food court penuh penar. Nak cari meja kosong pun
makan masa. Lagi pun biarkan mereka yang bekerja makan dulu. Mereka nak
masuk opis pulak. Renat bukannya lama. Aku tak kisah. Bukan ada kerja
pun.
Singgah di La Cucur. Dah ada tempat makan. Dulu-dulu hanya tapaw je. Tengok orang la. Sape punya La Cucur. |
Dah
lapar. Nak yang simple je. Cari La Cucur. Laksa penang dan kuih. Usai
isi perut. Menapak ke parkir. Tapi singgah dulu di promosi Samsung S4.
Upgred aku pun Hp dulu. Kena tunggu 15 minit. Jenuh juga dok melilau
sekitar ruang promosi.
Siap.
Berdesup balik rumah. Sampai dah hampir jam 4 pm. Apa lagi. Rehat &
santai. Terlelap seketika. Mem keluar lagi. Kali ini, gi bayar bil
astro. Angkut sekali Amar dan maid.
Lepas solat Asar. Aku ke masuk opis. Baca buku. Tak lama. Balik. Sambung update blog.
Malamnya
sekali lagi kami keluar. Jumpa prospek. Rakan niaga punya. Mengajar satu
sekolah dengan rakan niaga. Rakan niaga tunggu di depan sekolah Menengah
Pandan Indah. Prospek tinggal di kondo Pandan Indah.
Inilah bacaan aku terbaru. |
Membaca dalam kereta. Kena pula lampunya malam. Terkebil-kebil aku. Nasib baik ada lampu jalan yang agak terang. Bantu aku kenal aksaranya.
Usai demo. Berdesup ke Maulana Food Court. Cari sup ekor Ajak. Ajak Ddm Nizam sekali. Ada urusan dokumen dengannya.
Bila
beria-ria nak. Ajak pula cuti. Tanya-tanya. Cuti setiap isnin. Kempunan
aku. Tukar kepada sup gear box, versi mamak punya. Tak sedap aloh mana.
Tapi terlanjur oder, bedallah juga. Tapi masih banyak tersisa.
Balik rumah. Minum dulu garam buluh. Pekena 2 sachet. Banyak makan dan minum manis. Potong gula. hihihi. Tidur sampai pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan