Selamat pagi. Masih awal lagi. Belum lagi jam 10 am. Baru balik dari Kedai Rejab. Breakfast dan baca buku. Hari ini tak lama. Sekitar 1 jam. Jam 8.50 am, aku bayar dan menapak balik. Jam 9 am, Baby ada kelas. Minggu ini kena hadir. Minggu lepas dah tak hadir. Baby ada leadership Camp.
Suasana tenang. Sunyi. Kereta tak banyak. Motor tak mengaum sangat pagi ini. Tak ramai orang lalu lalang menuju ke tempat kerja. Sabtu. Cuti. Ramai yang dah balik kampung. Ramai yang dah sampai kampung. Aku je yang masih di KL. Berkira-kira, jam berapa nak bertolak balik. Letih pun kena balik. Penat pun kena balik. Tak balik, rasa bersalah akan menghantui aku sepanjang 5 tahun akan datang. Tak mengundi macam ada sesuatu yang tak kena. Tak mengundi, teruk sangatnya aku. Tak tunai tanggungjawab.
Kali 3 aku memangkah. Kali ke-3 aku mengundi untuk DUN Chetok. Kali ke-2 Parlimen Pasir Mas. Ada satu kali tu, Bechah Kelubi dipindah ke Parlimen Tanah Merah.
Kali ini. Dah 2 kali orang call. Suruh balik. 50-50 katanya. Aku tak pasti. Betul ke tak betul. Aku rasa kali ini, amat sengit. BN tabur terlalu banyak pitis. Benar-benar nak menang. Kalau ikut congok bodo, memang BN akan menang. Itu ikut pemerhatian aku semasa aku balik untuk penamaan calon. Tapi sejak 2 hari ini, keyakinan tu dah mula terhakis. PAS akan memang. Bila perantau pulang. Sifir lain pula jadi.
AKu bila bertolak. Agak-agak petang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan