Jom Follow

Isnin, 13 Mei 2013

Jiwa Kacau.

Assalmu'alaikum.

Diharap anda semua sihat dan sentiasa tabah hadapi dugaan dan cabaran hidup. Selagi hidup, itulah mainan kita setiap hari. Lebih-lebih lagi kalau kita bisnis sendiri @ freelance. Cabaran dari luar dan cabaran dari dalam. Cabaran dari luar hebat. Cabaran dari dalam lebih hebat lagi.

Tahniah. Masih bersemangat untuk berjuang. Aku juga seperti anda. Dah pilih untuk berada di sini. Dah pilih untuk terus berada di sini. Segala cabaran yang datang mesti di atasi. Tak boleh biarkan hidup kita dilemahkan oleh cabaran. Kalau kita dilemah olehnya. Hayat kita dalam bisnis ini tak lama.

Aku masih di sini. Sudah cecah 13 tahun. Macam-macam cabaran datang. Macam-macam cabaran timbul. Tapi itu semua hanya menguatkan kami sahaja. Bukan mematahkan kami. Menjadi kekuda kami makin kejap. Menjadikan kami semakin tabah. Setiap cabaran, itu tersembunyi kebaikan yang tak terfikir oleh minda.

Cabaran dari upline. Cabaran apa? Macamana cabarannya? Bila kita sudah tidak boleh lagi bekerjasama dengan upline. Idea-idea upline sudah tak mampu kita ikuti. Nak-nak pula upline ego. Nak-nak pula upline terasa bijak. Nak-nak upline tak boleh terima pendapat orang. Nak-nak upline hanya membetulkan pendapat sendiri. Nak-nak upline perasan bos dalam network.

Upline terlebih kreatif. Macam-macam idea yang keluar. Belum betul-betul jadi, datang pula idea baru. Belum buat, esoknya idea baru lagi. Kadang-kadang idea itu tak selari @ tak sesuai dengan bisnis MLM. Kalau pikir betul-betul, idea tu mempos bisnis dan bukan meniakkan bisnis.

Bila kita tak setuju. Bila kita nak bawa network sendiri. Upline kacau. Upline tarik rakan kongsi. Upline menghentam kita di belakang terutama depan rakan kongsi kita. Upliene oh upline. Belajar dan sedarlah diri. Usah jadikan diri, sebagai pemusnah periuk nasi sendiri.

Bisnis MLM ini halus seninya. Ada mesti faham seninya. Sebab akibatnya. Idea gini. Jadi gini. Ini kena kaji sebaik-baiknya. Jangan ingat, idea nampak baik dalam bisnis lain, tapi amat tidak sesuai dengan bisnis MLM.

Semalam punya cerita. Luahan dari seorang downline. Uplinenya suka kacau. Bawa idea karut marut pada networknya. Dah halang. Tapi cuba juga bawa idea gile. Halang tapi masih tersisa downline yang suka ikut ideanya. Ini yang problemnya. Kita dia ikut. Upline pun nak dengar. Terus terang aku cakap. Nak bawa network ikut kita 100% mungkin susah. Tapi kita kena bertegas. Tak boleh sana sini. Kalau nak sana, tetap sana dan tak payah berkiblatkan sini lagi.

Bertegas. Jangan kacau. Jangan ganggu. Kacau @ ganggu seperti bunuh bisnis downline.

Pilihan kena buat. Bertegas mesti. Pada upline juga kena bagitahu. Jangan kacau network kita. Kita nak bawa sendiri network kita. Upline wajib faham hasrat downline. Patutnya upline seronok. Dah lepas satu group. Tak payah jaga. Kalau ada 6 kaki group besar begini kan seronok. Upline boleh tumpu pada tunas-tunas baru. Tunas-tunas baru, kena jaga dengan teliti. Kena tabur baja. Kena siram air. Air pula tak boleh lebih. Kena gembur tanah. Kena racun. Racun kena yang betul. Kena bunuh perosaknya. Bukan mudah. Kalau masih banyak menari-nari dengan banyak group, mungkin tunas-tunas baru ini sukar tumbuh subur. Lambat jadi. Rugi kita.

Upline kena bijak baca kemahuan downline. Bila kita tak diperlukan. Bila kita diperlukan. Tak perlu, tak payah involve. Diperlu, baru kita involve. Baru senang downline. Kita pun senang. Walaupun begitu, turun naik bisnis wajib kita pantau. Nasihat bila perlu. Jumpa bila perlu. Cakap bila perlu. baru cakap kita laku. Kalau asyik cakap. Orang akan jemu. 

BVSM dah ada. Senang jual. Senang convince. Senang guna. Senang bawa. Mudah laku. Demo simple. Bisnis wajib naik. Bisnis mesti besar. Bisnis mesti boom. Kena jadi. Nak jadi tak boleh ada masalah dalam group. Mesti ada satu cakap. Kalau banyak cakap. Tak naik bisnis. Naik bawah pada orang lain. Terus terang aku cakap. Serangan BVSM ini lebih hebat lagi dari serangan BA. Oleh itu kita mesti bergerak pantas. Pasaran amat luas. Satu dunia kalau kita kongsikan kebaikan bvsm.


BVSM. Stok sudah ada. Stok sudah banyak. Terus laju. Terus cepat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger