Jom Follow

Sabtu, 1 Jun 2013

Dialog Di Shell: Itu Hari Ada Undi?

Aku singgah isi petrol semalam.
Shell di R & R Kinrara, Highway Kesas.
Shell jadi kesukaan aku. 
Aku tak tahu kenapa. 
Aku rasa dekat. 
Aku rasa dihargai. 

Tunggu sudah.
Sempat sembang dengan pekerja kat situ.
Asal Bangledesh. Tak perlu tanya.
 

" Habis kerja pukul berapa?" aku tanya, mulakan.
"Jam 11 nanti."
"Masuk kerja pukul?"
"Jam 7 pagi."
"Kira OT ke."
"Kira OT."
"Gaji berapa?"
"RM900 lebih."
"+ OT, berapa dapat?"
"Seribu lebih."
"Berapa RM hantar kampung."
"Seribu."
"Tinggal mana.?"
"Sana."Sambil tunjuk dangan tangan.
"Mana?" tak berapa jelas. Tak nampak pun rumah.
"Datang dengan apa? Bos ambil!"
"Jalan kaki. 20 minit."
"Rumah tokey bagi?"
Dia Angguk kepala.
"Berapa orang duduk?"
"6 orang."
"Makan?"
"Sendiri. Masak kat rumah."
"Sudah kahwin?"
"Dah."
"Anak berapa?"
"3 anak."
"Isteri kerja?"
"Tak. Bela lembu susu."

Dah siap isi minyak. Aku blah. 

Pengajaran:
Bijak menabung. 
Kerja lebih lama.
Sanggup terpisah dengan keluarga.

Tak sempat nak tanya.
Itu hari ada undi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable