Program IBC petang tadi. |
Assalamu'alaikum. Sudah petang. Sudah Maghrib. Hampir Isyak. Sihat semua. Ceria sokmo. Tersenyum sokmo. Bonus masuk. Tekan Mesin ATM, terpegun. Tersenyum sorang-sorang. Lama pulak tu. Aku hari ini. Tak ke mana. Cdm Kartini je yang keluar. Keluar pun dekat-dekat sini je. Sejak ada bvsm, tak jauh pergerakan kami. Dekat-dekat je. Benda baru. Banyak keistimewaan. Senang pikat orang. Radius kadang-kadang jauh. Kadang-kadang dekat. Jauh dekat, asalkan closing. Asalkan tersampai bvsm ke tangan yang sepatutnya.
Leader IBC kongsi peluang dengan orang ramai. Percuma. |
Aku dok follow wall rakan niaga. Masing-masing sibuk. Macam-macam acara ada. Kumpul orang dan share kelebihan bvsm dan peluang kaut duit, masuk poket, raya sakan. Call dan share. Pendek kata, tak goyang kaki la hari ini. Teknologi hujung jari. Sekali tekan, seluruh dunia sampai. Itu kalau kita ada kawan seluruh dunia. Itu kalau orang tengok kita punya pages.
FF1 punya aktiviti. Juga percuma. |
FF1 juga sibuk. Lima kali ganda sibuk dari bulan sudah. Perkhabaran baik punya. Berita gempak punya. Makin ramai yang dipaut oleh bvsm. Semakin ramai yang terpikat dengan strategi FF1. Penuh kelas lepas ini. Aku pun dah lama tak ke sana. hihihi. Mereka dah terbang tinggi. Mereka dah menyapu awan. Mereka dah gempur habis. Jadi apa perlu lagi aku.
FF1 punya khidmat masyarakat. |
Slow-slow buka kaki baru. Slow-slow bina network baru. Slow-slow bantu kaki yang masih perlukan oksigen tambahan. Kerja macam dulu juga. Sibuk macam dulu juga. Ada kaki yang masih rapuh. Kena kasi bantuan. Ada kaki yang dah kukuh. Kena kasi bantuan juga, tapi caranya mestilah dah lain dari dulu. Salah bantu, kacau bilau mereka punya strategi pulak. Lari sales pulak.
Semakin lama buat. Kena semakin pandai dan bijak. Semakin ikhlas bekerja. Tapi selalu kena ingatkan. Bukan mudah nak dapat. Beri tanpa ingat balasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan