Jom Follow

Selasa, 14 Mei 2013

Merapu Sebelum Tidur.

Assalamualaikum....

Bertemu awal pagi. Ketika ramai yang lena. Ketika ramai diulik mimpi. Aku belum lena. Aku baru balik. Baru sampai rumah. Urusan bisnis. Urusan survive bisnis.

Keluar pun setelah anak tidur. Keluar setelah ajar anak. Esok anak nak periksa...Jumpa sahabat bisnis setelah jam 11 pm. hihihi. 

Aku sekejap je bersama sahabat. Tunggu dalam kereta. Tertidur juga akhirnya. 

Sebelum jumpa sahabat. Hantar dulu anak buah ke UPM. Berehat kat rumah aku beberapa hari. Lepas periksa katanya. Perlu kembalikan tenaga yang hilang semasa pulun belajar untuk kekal cemerlang dalam peperiksaan.

Lepas Zohor tadi. Kami ke Kolej KPJ, Nilai. Juga urusan bisnis. Jumpa untuk kemah keming jadual hujung minggu ini. Awal-awal susun. Senang nak urus. Tak lama. Sejam lebih juga. Sebelum sampai situ. Makan dulu di Nasi Kandar Lawood. Sahabat recommend. Boleh tahan. Sedap. Masa kami sampai, orang dah tak ramai. Lauk pauk pun dah banyak habis. Dah jam 3 petang.

Sampai dari Nilai. Solat Asar. Masuk opis. Tak lama. Hanya 30 minit. Letih sikit. Mungkin terlebih isi tadi. Tak berapa selesa. Asyik menguap je. Nak tidurla tu. Mana boleh tidur. Lepas Asar. Tak bagus.

Bonus dah masuk. Bayar apa yang patut bayar. Bil api, bil air. bil indah water. loan kereta. loan rumah. loan kedai. Yuran sekolah anak. Yuran asrama anak. Gaji maid. Macam-macam lagilah. Nasib baik lepas bayar semua tu masih berbaki. Masih mampu menabung lagi. Syukur. Kerja yang berbaloi. Kerja sikit, hasil berbaloi.

Cdm Kuyah ada kat Sabah. Pulun sana. Kebunnya sana. Tawau destinasi awal. Mungkin kini dah KK. Aku tak pasti. Esok kena tanya. Cdm Faridah kat Kelantan. Bangunkan empayar di seluruh negara. Kelantan dalam radarnya. Punya rakan niaga yang mahu berniaga besar. Orang nak, kita lagi nak.
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger