Jom Follow

Jumaat, 10 Mei 2013

Berakfast Jumaat.

Minum pagi di kedai rejab. aku tiba agak lewat. lepas hantar Baby. aku balik rumah. rehat sekejap. sekitar jam 8.30 am. aku melangkah keluar. perut dah minta diisi. paling dekat kedai rejab. lagi pun sejak akhir-ahkir ini kat situ ada meehun goreng atau nasi goreng. kena dengan aku punya liur. nak lagi memikat taruk sikit kari mamak. wow! sudah cukup memukau bagi aku. selain itu juga, aku dah malas nak gi jauh-jauh sekadar cari makan. sedap dah dok no 2,3. paling penting kenyang.

jalan kaki je. dekat. kasi peluh sikit. kepit buku celah ketiak. sampai. banyak meja penuh. ada satu. orang baru je belah. depan meja tebar roti canai. aku teruk buku atas meja. lantas ke tempat makanan. kaut meehun + telur rebus + kuah kari ayam. datang balik ke meja aku tadi. dah ada orang duduk. mungkin dia tak perasan kot. buku aku dah terletak kat meja. aku pun tak kisah. suka lagi. boleh sembang-sembang.

dia ni ralit dok tengok paper metro. ruangan bola sepak. ada peluang masuk. mesti masuk dengan bola. memang sah. peminat epl. man u. tak miss setiap perlawanan. kat kedai rejab tempat tontonnya.  bila aku tahu dia indon. aku terkejut. biasanya indon tak beli paper.

kerja kontrak. hari ini tunggu bos call. biasanya lewat bos call. kadang-kadang jam 11 baru gi kerja. buat renovation rumah. 

"asal mana?"
"indonesia."
"belah mana?"
"Flores. timur timor"
 "oooh. jauh tak?"
" naik pesawat dari jakarta mau 4 jam. kalau kapal dari batam 7 hari 7 malam baru sampai."

sebab tu aku tengok mukanya lain. gelap dan rambut kerinting sikit. tahun 1983 dah sampai sini. Wow! dah lama. masuk ikut sabah. dia je yang terlajak sampai kl. lain-lain sedara maranya sangkut kat tawau.

dia kerja ada permit. sebelum ini kerja kat kantin ukm. bangunan pentadbiran. kini dah tak lagi. dah 3 tahun kerja buruh kontrak. 3 tahun tinggal di Bukit Kinrara. Isterinya kerja tadika. sewa rumah,flat melur. laki bini je sewa. biasanya indon akan kongsi rumah sewa. dia tak.

anak satu orang. umur 18 tahun. sedang belajar di surabaya. tahun depan habis. kerja dan hantar duit buat anak.

'bila mahu balik?"
"aku baru balik, bulan 4 sampai sini/"
"balik dan terus tak datang."
"itu tak tahu."

dia ni fasih cakap melayu. tak pekat indon. dia berkawan dengan semua orang. lagi satu dia ni geng motor. ikut ABC. kalau aku tak salah.

Lama juga sembang. lepas tu dia belah. seronok juga. dapat sembang. biasanya susah nak sembang dengan indon. mereka selalu bergeng. jarang sorang-sorang. 

walaupun indo. kerja kontrak. aku tetap share kerja yang aku buat. biz yang aku geluti. produk yang aku jual. tak suka tak apa. tak minat, tak kisah. mereka pun mahu sihat. mereka pun mahu duit. mana tahu lepas ni dia berminat nak beli....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger