Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Salam 1Malaysia.
Salam Luar Biasa Hebat.
Salam Momentum Maksimum.
Sudah Rabu. Semalam Selasa. Esok khamis. Lusa jumaat. Tulat Sabtu. Tulin Ahad. Setiap hari 24 jam. Tak ada siapa yang dapat lebih. Tak ada siapa yang dapat kurang. Semuanya cukup-cukup 24 jam sehari. Tak ada siapa yang boleh komplen, ianya dapat jam kurang 24 jam.
Setiap hari amat penting buat aku. Setiap hari amat penting buat anda. Setiap hari amat penting bagi semua orang. Lebih-lebih lagi kita yang bergelumang dengan bisnis MLM. Setiap hari kena buat yang terbaik. Income bulanan kita dibayar ikut prestasi kita pada bulan tersebut. Income bulanan kita tidak tetap. Income bulanan kita ada turun, ada naik.
Setiap hari kena buat yang terbaik. Setiap hari kena demo, demo yang terbaik. Setiap hari convince, convince yang terbaik. Setiap hari urusan dana, urus dana yang terbaik.
24 jam sehari. Kenapa ada yang dapat buat lebih? Kenapa ada yang dapat kurang? Tapi dalam dunia MLM. Kita untung. Kita punya jam yang lebih. hihihi. Bila kita ada network. Jumlah jam akan bertambah.
Semalam. Kami buat yang terbaik. Urus dokumen prospek. Tapi betul-betul berlawan dengan masa. Kami sampai bank 5 minit sebelum jam 4 pm. Lewat sikit je, pasti kerugian besar. Semalam hari akhir untuk buat loan 20 tahun. Hantar hari ini, dah jadi 10 tahun.
Kami perlu sampai opis prospek jam 1.15 tengah hari. Kami dari Puchong jam 11.45 am. Nak singgah membedal dulu. Nasi Ayam Kampung Veloderum, Cheras.
Usai bedal membedal, kami bergerak ke opis prospek. Taman Tynton View Cheras. Kami sampai masa yang sepatutnya, malah awal 15 minit. Jumpa dan terangkan bagaimana bisnis ini berjalan.
Bila prospek setuju. Kena urus dana terus. Prospek sedang sarat mengandung. Bila bersalin, lagi lambat nak mula.
Kami terpaksa ke bank rakyat, di Wisma Zelan. Jarak dari opis ke Wisma Zelan tak jauh sangat. Tapi jalan agak sibuk.
Dari Wisma Zelan ke opis prospek. Terus isi. Siap je. Kami bergegas ke Bandar Puteri. Wow! Masa tu dah jam 3.15 pm. Betul-betul bertanding dengan masa. Nak keluar dari Taman Tynton pun satu. Kena pusing jauh. Ini dah mengambil masa. Nak cepat, kami pilih ikut bulatan bulan kuda mines. Kalau ikut Stadium Bukit Jalil, lagi lambat.
Drive pun asyik jeling-jeling jam je. Takut tak sempat. Dalam bertanding dengan masa, terpaksa singgah dulu di stesen Minyak Shell. Isi petrol dan kencing dulu. Terpaksa. Masa makin suntuk. Ketika ni jarum panjang dah tunjukkan angka 8. Bererti dah 3.40 pm. Kena cepat. Kena pantas.
Dari situ. Drive agak laju. Nasib baik sungguh. Jalan tak berapa sendat lagi masa tu. Kalau biasanya depan IOI, kereta sendat.
Jam 3.55 pm. Kami sampai di Bank Rakyat bandar puteri.....lega besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan