Jom Follow

Jumaat, 3 Mei 2013

3/05/13 Jumaat.

Bertemu kembali. Petang lepas solat Jumaat, sebelum azan Asar berkumandang. Aku mulakan catatan hari ini. Kalau buat main-main, mungkin hari ini tak menulis lagi. Jangan!Jangan! Jangan sampai dua hari berturut-turut tak menulis. Bila dah terhenti. Nak mula balik. Susah. Idea macam susah nak keluar. Kalau keluar pun macam sampah. Kena buat selalu. Jangan berhenti. 

Pagi tadi. Awal bangun. Biasala bila awal tidur. Tak ada aktiviti luar biasa semalam. Banyak masa aku habiskan dengan buku. Koleksi terbaru banyak. Beli di Pesta Buku Antarabangsa KL. Tempat biasa aku lepak dengan buku. Kedai Mamak Rejab. Kena kopi jantan 0. Sekali membatu d situ, dapat 90 minit. Kadang-kadang lebih. Tergantung pada mood dan keadaan semasa.

Petang semalam. Ambil anak balik sekolah. Singgah dulu di Stesen Petronas USJ 1. Isi petrol dan beli kek buat Amar. Amar ni suka sangat. Masa aku sampai situ. Banyak Motor Polis. Kenapa banyak? Bila aku melangkah ke arah rak. Baru aku perasan. Polis datang untuk isi minyak. Ada seorang anggota polis, berpakaian biasa. Duduk di meja. Tulis sesuatu. Aku agak-agak dia ni pegawai. Dah dapat kek dan aku nak bayar. Lama juga aku dok menunggu. Juruwang tu sibuk dok settel yang polis dulu. Selain motor, ada juga kereta peronda.

"berapa tadi?" tanya pegawai pada anggotanya.
"50." jawab  anggota
"ok 55."

Pegawai tu suruh juruwang buka bil RM55 untuk kereta peronda yang anggota tu bawa. hihihihi!Selalu ke begini. Tiap-tiap kereta ke? Mudahnya, sapu duit.

Lepas tu. Aku ke sekolah Baby. Ambil Baby. Hantar dulu anak-anak Cdm Shila. Lepas tu balik rumah. Usai solat Asar. Bawa pusing Amar & Amzar dengan motor. Satu round seorang. Belum boleh bawa dua-dua sekali gus. Layan anak-anak. Dua yang dah besar tu, tak sempat nak layan sangat. Masa tu sibuk bina empayar biz. Kini dah ok, jadi boleh bagi masa pada anak lebih sikit.

Malam. Lepas Isyak. Keluar. Aiman lapar. Aku ajak makan luar. Pujuk makan western food. Aiman setuju. Sungai Besi jadi pilihan. Nak ke Shah Alam, malas pulak. Nak cuba kat Sungai Besi, depan Mee tarik.

Pagi tadi. Breakfast di Narak. Lepas hantar Baby. Langsung ke sana. Mem yang drive. Aku sikit mengantuk. Aku dah lama tak jauh-jauh cari makan, kalau tak ada kerja. Lebih senang dengan nasi goreng & beehung goreng kedai Rejab sambil baca buku. Dah tak pikir sangat pasal nak makan yang sedap-sedap. Asalkan aku ada banyak masa baca buku.

Pagi tadi. Kedai Narak pun tak banyak kuih. Orang sibuk nak mengundi katanya. Aku macam biasa. Beehun goreng dengan kuah gulai. Puyuh goreng dan telur rebus.

Balik situ. Baca sekejap. Solat Jumaat. Solat di masjid Seri Petaling. Sampai je, aku membedal roti nan dengan kari kambing. Kedai biasa yang aku makan nasi dah bertukar tangan. Dah lain susun aturnya. Rasa pun dah lain. Pekerja pun dah bertukar. Lepas ni nak gi ambil Baby. Lepas ambil Baby. Ambil anak buah di UPM.

Semalam juga aku banyak dok habiskan baca wall sahabat-sahabat. Seronok baca. Masing-masing berbisa biz. Masing-masing info positif. Closing dengan jayanya. Macam ada naik semua. Ramai kot yang layak ke Shanghai.

Selain itu layan cite panas pilihanraya. Seronok. Termanggu-manggu aku. Adakah PR boleh menang kali ini. Atau kena tunggu lagi. Ahad ini adalah penentunya. Sama-sama kita doakan agar proses pengundian dengan tenang dan adil. Jangan ada tipu-tipu. Menang tak tipu. Kalah tak tipu. Sape menang dia PM. Sape kalah jadi pembangkang. Lawan pula 5 tahun lagi.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger