Jom Follow

Sabtu, 2 Mac 2013

Dari Bechah Kelubi - Kota Bahru-Kuala Lumpur.

Bertemu kembali. Satu hari tak menulis. Satu hari tak mencatat. Satu hari tak berkongsi kisah. Lama sangat rasanya. hi!hi!hi! Aku selalu ingatkan diri aku yang kerdil ini. Menulis catatan perjalanan seperti menulis sejarah keluarga. Menulis hal-hal kecil sampailah ke hal-hal besar. Penting untuk masa-masa akan datang. Oleh itu jangan malas menulis. Rugi. Mungkin hari tak nampak sangat ruginya. Tapi 10, 15 tahun akan datang. Ianya menjadi berharga. Konsisten menulis ya Mat Din.

Aku selalu berharap, aku sentiasa ada kekuatan untuk terus menulis. Datang apa cabaran sekali pun. Cabaran dari luar, mudah diatasi. Tapi cabaran dari dalam, lebih susah nak atasi. Cabaran dari dalam, adalah malas.hihihihi. Malas! Nyah dari kamus hidup aku. Hadirmu tak membawa apa-apa faedahnya. Hadirmu membawa kerugian yang amat.

Semalam. 1/3/13. Hari Jumaat. Ketika itu aku masih berada di kg. Macam biasa. Agenda pagi, sarapan. Kedai Bidoh. Makan nasi belauk. Sedap & murah. Sayangnya cepat habis. Tapi aku sampai awal pagi. Kalau pagi, masih sempat jumpa orang kg. Kalau hari tak menoreh, lebih lama orang kg lepak. Dapat dengar, macam-macam kisah dari mereka. Seronok dengar. Menyampuk sikit-sikit.
Pasar Tani Tanah Merah.

Lepas tu, aku ke Pasar Tani Tanah Merah. Bawa Aiman & Aki. Wow! ramai 'gile'. Jem jalan. Nak parkir pun susah. Nak melangkah susah. Seronok peniaga. Tersenyum peniaga. Ramainya pembeli. hihihih. Tapi aku nak komplen sikit. Gerai jual ikan segar tak banyak. Hanya 5 gerai, kalau tak silap aku. Tak padan dengan orang ramai. Penuh pembeli dok likung gerai ikan. Ikan pun tak berapa banyak. Tok banyak pilihan. Kena tambah lagi gerai jual ikan. Baru selesa sikit pembeli. Nak beli ikan macam nak bergaduh pulak.

Aku beli ayam & Ikan & ikan kering. Satu lagi, aku ni tok beso beli-beli benda-benda tu. Nok-nok bilo ramai orang dok likong. Bekalan 1,2 hari kat rumah. Aku juga berkira-kira nak balik KL. Mek dah segar sikit. Dah ceria sikit. Gula dah turun. Makan ubat secara konsisten. 

Balik rumah. Mek Putih sampai. Datang dengan Ayoh Su. Ziarah Mek yang tak sihat. Hari khamis, aku ziarahnya. Mek Putih sampai, dah ada 2 sahabat Mek datang ziarah. Mok Do dan Mok Su Gayoh. Aku balik tadi pun mereka dah ada. Biasalah orang kg, ziarah menziarah ada budaya mereka. Ada orang sakit, mereka mesti ziarah. Macam kemestian mereka. Lebih-lebih lagi bila tak menoreh. Tok gi pagi, mereka gi petang.
Bini Tok Ngulu Wan Dropa. Mari dumoh. Nok isi borang bantuan pitis. Katonya akan buleh sebelum ngundi. Harap-harap boleh cepat. Mari petang sebelum aku bergerak ke KB.
 Itu agenda pagi. Agenda petang. Tidur. Rehat & rest. Malamnya aku & Aiman & Wan Inda. Tengok bola. Kelate vs Perak. Pertama kali masuk stadium KB. Malam tadi, orang penuh tapi tak betul-betul padat. Masih ada ruang-ruang kosong. Teruja tengok penyokong Kelantan. Ramai budak-budak dan wanita. Trend sekarang dah berubah. Kalau dulu-dulu lelaki je yang minat bola. Sekarang ni semua doh minat.

Bagi orang kelantan. Tengok bola itu adalah hiburan mereka. Tengok bola sesuatu yang ditunggu-tunggu mereka. Tengok bola, lepas stress kerja. Bersorak, melaung adalah ekspresi melepaskan tekanan. Tengok bola, bagi mereka seperti tengok konsert nyanyian. Semalam bagus penyokongnya. Tak ada balingan objek. KAFA dah bagi insentif, sape-sape yang dapat tangkap pembaling objek ke padang dapat RM1000 dan 2 tiket astaka. Satu lagi yang menyentuh hati. Penyokong solat dulu sebelum masuk stadium. Tempat ambil wuduk pun ada. Kalau yang tak solat tu, salah diri sendiri.

Habis bola. Makan dulu. Kg Sireh lokasi pilihan. Hajat nak pekena dengan Laksam. Tapi malam tadi tak buat pulak. Roti bakar dan nasi lemak sebagai ganti. Lepas bola, penuh orang di warung. Sedapnya boleh tahan. Capai standardlah katakan. Orang Kelantan ni memilih sikit. Tak sedap, memang tak masuk kedai. Aiman pilih burger.

Lepas makan. Lebih kurang jam 11.30 pm. Hantar Aiman balik asrama. Dari Cherang, beralih pula ke Pasir Pekan. Hantar Wan Inda. Lepas itu aku Vrooooom menuju KL. Jalan agak lengang. Boleh laju sikitla. Singgah isi petrol dulu di Petronas sebelah pasar raya Jeliro, Kok Lanas. Kasi penuh. Tak payah nak isi lagi. Malas nak berhenti lagi. 

Berhenti solat di Shell Keroh. Stesen Shell sini bagus. Ada toilet yang besar serta bersih. Tekanan airnya kuat. Surau pun bersih. Beli 2 botol air mineral. Satu botol, aku isi garam buluh. 

Saja aku nak kongsi sikit cerita. Aku parkir je kereta. Kat kereta sebelah, ada orang. Lelaki & perempuan. Macam aku juga kot, berhenti rehat. Aku rasa, suami & isteri. Aku tak ambil peduli. Berhenti dan terus ke toilet. Keluar toilet. Masih sembang dalam kereta. Aku tak syak apa-apa. Biasalah penat drive, perlu rihat. Aku ke surau. Solat dulu. Habis solat. Mereka masih sembang dalam kereta. Selesai solat, pi beli air dulu. Lepas tu aku menapak ke kereta. Sampai kat kereta. Keluarlah seorang perempuan dari kereta tersebut. Keluar je, terus ambil motor yang di letak tak jauh dari kereta mereka tadi. Perempuan tu pun pakai helmet dan bawa motor, isi petrol. Lelaki dalam kereta pun belah....baru aku tahu. Rupa-rupanya mereka pasangan kekasih kot. Buat alasan nak isi minyak untuk bertemu kekasihnya. Itu aku agak la. Ketika tu dah jam 1 am..

Berhenti tidur di stesen Shell R & R Gua Musang. Masih boleh tahan tapi malas nak ambil risiko. Tidur pilihan terbaik aku. Lagi pun drive sorang-sorang. 

30 minit tidur. Sambung perjalanan. Nak beli red bull. Tapi penjaga kaunter Stesen Shell, tidur. Drive tanpa minum red bull. Minum air garam buluhlah gamoknya. Aku berhenti tidur sekali lagi di Hentian Rehat Jerkoh. Kat sini lama sikit tidurnya. 30 minit belum Subuh aku bergerak. Solat Subuh di Masjid Sultan Abu Bakar, Raub. Sempat berjemaah. Syukur.

Lepas tu. Drive terus sampai Taman Bukit Kinrara. Sampai dekat-dekat pukul 8 am. Terus tidur. Bayar hutang tidur.


 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger