Jam 6.10 am waktu London. Dah boleh turun sarapan di tingkat 1. Diikat sejuk, masih terbungkam di bilik. Baring-baring tunggu sape-sape call ajak sarapan. Roti & buah je yang isi perut sebelum lunch nanti.
Jam 8 am, kami bergerak lagi. Hari ini menuju ke Bicester Village Shopping Outlet. Hai-O bagi shopping lagi. Jarak dari hotel lebih 120 km. Dengar khabar dari Group A. Murah sakan. Hingga semua nak. Semua bekenan. Semua terpikat. Poket je yang jadi penghalang. " balik nanti kerja gila-gile. Belanja sakan di Shanghai." pujuk hati yang ala-ala tak puas bershopping.
Semalam punya aktiviti. Paginya kami ke Madame Tussauds London. Ini tak masuk dalam jadual. Kami pakat- pakat. Lari sekejap. Rugi dah sampai London tak jenguk patung lilin selebriti terkenal. Satu bas setuju. Bayar masuk £30 seorang. 1.30 jam masuk. Tak cukup masa. Tak sempat tengok semua. Tak bergambar dengan semua yang ada. Pilih mana yang kenal dan biasa tengok.
Usai sini. Kami dihantar pula ke Oxford Street. Tempat popular untuk bershopping. Tak jauh komuniti muslim, nak makan senang. Sebut aja yang branded, in shaa Allah kat sini ada. Clark. Zara. Macam-macamlah ada. Aku tak reti nak sebut. Apa lagi kalau tak shopping. Jam 12.30 sampai jam 4.15. Bergerak dengan geng sendiri. Pandai-pandailah bershopping. Asalkan ada fulusnya. Makan sendiri. Biar betul-betul bebas bergerak. Kasi masa secukupnya. Jarang aku ikut bershopping. Kali ini ikut. Nak pukul gambar. Buat kenangan di Kota London.
Kami banyak masa cari souvenir & hadiah untuk anak. Pilih kedai paling murah. Benda sama tapi harga berbeza. Kena cari kedai yang tawar harga terbaik. Nak bagi ramai. Dah dapat. Baru lega. Boleh shopping untuk dirim
Akhir sekali masuk PRIMARK. Lagi gile. Amat murah. Macam-macam ada. Blazer boleh beli dengan harga £20. Kameja dengan harga £5-£10. Murah. Murah. Murah. Tapi aku tak tergoda pun. Tak beli apa-apa. Patut pun penuh dengan manusia. Mereka beli bukan 1, 2 tapi pakai raga. Ada yang sampai penuh raga. Nak bayar. Beratur panjang tapi kaunternya banyak. Cekap. Sekejap.
Jam 4.15. Kumpul dalam KFC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan