Jom Follow

Khamis, 21 Mac 2013

Nak Berjaya, Pastilah Ada Pengorbanan.

WOO! Cepatnya masa berjalan. Dah hari khamis. Esok Jumaat, Lusa Sabtu dan Tulat Ahad. Lepas tu, minggu baru. Minggu terakhir. Minggu ligat gile.

24 jam sehari. Tak cukup rasanya. Kalau boleh nak tambah lagi. Tapi dah tak boleh. Semua orang dapat jumlah jam yang sama. Boleh ke, minta dengan sape-sape yang tak pakai sepenuhnya jumlah jam yang dia dapat. Kalau dapat berebut orang nak. Tapi dah tak boleh. Terpaksalah guna 24 jam tu dengan sebaik mungkin. Jangan persiakan, hatta 1 saat sekali pun. 

Bagi kaki biz. Nak-nak biz MLM. Lagi tak cukup masa. Mana nak jumpa prospek. Mana nak personal touch dengan downline. Mana nak bersama mentor. Mana nak hadir majlis ilmu. Mana nak bersama pasangan & anak. Mana nak jumpa orang tua. Mana nak ikuti kenduri kendara. Macam-macam lagi. Mana mahu tidur. hihihihi. Mana nak gi kerja hakiki lagi.
Ha!ha!ha! Melancong juga perlukan pengorbanan. Tinggalkan keluarga hampir 10 hari. Terlepas hari sukan sekolah baby, akibat delay terbang balik akibat ribut salji melanda eropah.

Tak apalah. Buatlah yang terbaik untuk diri dan keluarga. Buat biz rajin-rajin. Berkorban hari ini, untuk kehidupan hari esok yang gemilang. Kalau asyik dok kesian kat anak-anak yang selalu kena tinggal. Usahlah mimpi nak jadi jutawan kemudian hari. Tanyalah mereka yang berjaya hari ini, sudah tentu mereka telah korbankan masa bersama anak-anak. Mereka dah korbankan masa tidur. Mereka dah korbankan masa rehat. Mereka dah korbankan banyak perkara. Baru mereka boleh berada ditahap sekarang. Pengorbanan wajib. Tak lakukan pengorbanan, kejayaan biasa-biasa saja yang kita mampu capai.

Dah cukup cite pasal tu. Panjang-panjang, nanti ada yang jemu. Bila jemu, tak baca. Bil tak baca, tak singgah sini. huuhuhuhu.

Semalam. Biz jalan. Siang aku tak ikut. Malam je aku ikut. Siangnya aku terpaksa tidur.hihihi. Malam tu, aku lewat tidur. Sukar tidur. Bila tidur, susah nak bangun. 
Wow! Pagi-pagi dah ke Alam Damai. Dah jumpa banyak kisahnya. Macam dah lama tak bersua. Padahal semalam baru jumpa, ketika kelas. Cdm Hanim, sudah dapat rentak biz. Sudah jumpa beberapa rakan niaga yang nak berjaya. Hari-hari ada demo. Hari-hari ada appt. Hari-hari ada tanya. Bila Cdm Hanim full swing. Jaga-jaga letupan hebat bakal terjadi.

Tugas aku. Hantar baby ke sekolah. Tapi semalam Mem ikut, bawa sekali Amza. Sebab lepas hantar baby ke sekolah. Kami kena gi Alam Damai. Ambil kunci TTC dengan Cdm Hanim. Ada barang tertinggal kat kelas. Pagi-pagi keluar, tahu la. Jalam jem. Lambat sikit sampai. Nasib baik bukan hari-hari sangkut jem. Kalau kerja, memang dah rolek.

Dah ambil kunci, vroooom, ke TTC. Ambil barang yang tertinggal. Balik rumah. Aku tidurrrrrrr. Jam 12 Mem gi ke SMK Lembah Pantai. Jumpa rakan kongsi. Hantar barang. Demo produk. Positif semua yang Mem jumpa. Seronok. Ada yang dah guna bvsm, berikan impak positif. 

2 jam juga aku tidur. Bangkit tu, keluar. Ambil baby balik sekolah. Gi awal, jam 3 pm. Lepak dulu kat kedai Mamak USJ 1. Baca buku. Syok, tanpa gangguan.

Dulu ngajar sekali dengan aku di SMTKL. Suaminya pun sama. Kini bertugas di SMT Sepang. Dulu dah join. Tapi kini, join lagi. Tapi tak 100% lagi join. Masih ada impian yang belum tertunai dengan kerja guru. Tambah sikit usaha, dengan join MLM, mana tahu akan tercapai impian tersebut.

Jam 4 pm. Gi Stokis. Abil filter A,B,C. Kawan nak tukar. Bio Aura yang lama punya. Filter A yang dok kat luar. 5 lagi filter dok kat dalam. Dah tak keluar. Tapi Filternya masih ada.

Malam kami ke rumah kawan. Alang-alang gi, demo juga bvsm. Alhamdullilah positif. Mungkin join. X join, tak apa. Next pula..

Ohhh! Semalam kami dijamu laksam. Boleh tahan sedapnya. Apa lagi, bedal sakan. Poberet akulah katakan. 

Sampai rumah jam12.45 am....Mata kuyu, jam 2 am, baru tidur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger